Politik
Siti Kassim mahu urusan Islam diserahkan kepada raja-raja
SUARAMERDEKA: Peguam kontroversi, Siti Zabedah Kasim mahu kuasa mengendalikan agama Islam diserahkan sepenuhnya kepada raja-raja bagi mengelakkan ia disalah guna oleh orang politik.
Pada masa ini agama Islam disalahgunakan oleh orang politik sebagai senjata untuk menanam kebencian dan mendapat sokongan orang Melayu.
Menurut beliau jika isu berkenaan tidak ditangani segera, orang politik dengan mudah menggunakan agama untuk kepentingan diri sendiri.
Beliau berkata demikian pada forum Whiter Maruah Malaysia 2.0 di Kuala Lumpur pada Oktober 2019.