Politik

Malaysia ibarat ditimpa bencana di bawah kerajaan PH

SUARAMERDEKA: Malaysia diibaratkan ditimpa bencana terburuk apabila berada di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH)

Penganalisis dasar awam Lim Teck Ghee berkata, rasa kecewa itu semakin berkembang dengan pentadbiran kerajaan hari ini.

“Buat masa ini, adalah jelas pasca PRU14 sebagai bencana, ia merupakan satu bencana sepenuhnya bagi pembaharuan dari mana-mana aspek atau cara pun anda melihat,” katanya ketika berucap pada forum Whiter Maruah Malaysia 2.0 di Kuala Lumpur petang ini.

Menurut beliau, kerajaan hari ini gagal menangani isu pendidikan, tadbir urus, hubungan kaum, hubungan agama, kegagalan daripada Icerd, Zakir Naik, Kongres Maruah Melayu dan banyak lagi.

Tambah beliau senarai kekecewaan itu terus bertambah dengan rasuah di peringkat tinggi dan jenayah ekonomi kembali berleluasa apabila orang politik menganggap jawatan diberi sebagai peluang untuk meraih kekayaan.

Beliau turut kesal apabila dasar, program dan pemikiran berkaitan doktrin ketuanan Melayu dan ketuanan Islam disebar sebagai propaganda kepada khalayak dan kerajaan hari ini tidak ada seorang pun yang berani menghentikannya.

(Visited 158 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button