Luar Negara

Singapura gentar kebebasan bersuara di Facebook?

SINGAPURA bakal menghadapi pilihan raya umum (PRU) tidak lama lagi atau selewat-lewatnya pada April 2021.

Namun satu tindakan persiapan awal dalam mengawal maklumat sudahpun diambil negara itu apabila Facbook diarah untuk menutup akaun-akaun yang disalahguna.

BACA > ‘Bukan kereta saya, saya tak pakai Vellfire’ — Suara Merdeka

Antara bentuk penyalahgunaannya adalah seperti penyamaran dan tidak menggunakan akaun dengan identiti sebenar (akaun palsu) dalam berkempen.

Bagaimanapun, langkah itu disifarkan sebagai strategi bagi memelihara integriti pilihan raya apabila tiba masanya nanti.

Hal tersebut disahkan Ketua Dasar Umum Facebook, Clara Koh yang mengatakan jawatankuasa khas dibentuk sejak Julai tahun lalu bagi mengenalpasti aktiviti sedemikian dalam platform itu.

“PRU Singapura tidak lama lagi, kami sedang lakukan pembersihan dan pembetulan bagi memastikan tiada aktiviti penyalahgunaan ada dalam platform kami.

“Kamu juga menutup beberapa akaun di Singpura yang melanggar dasar ini dan masih melaksanakannya untuk menghadapi PRU tidak lama lagi,” katanya lapor portal Channel News Asia (CNA).

Tindakan tersebut juga dilihat selaras dengan pelaksanaan kempen secara dalam talian bagi mengurangkan risiko jangkitan Koronavirus (Covid-19).

BACA > Korean Air lanjut cuti tanpa gaji kru kabin — Suara Merdeka
BACA > Disneyland California dijangka dibuka semula bulan depan — Suara Merdeka

Bagaimanapun Singapura wajar mencontohi Malaysia yang tidak mengawal medium media sosial supaya rakyat bebas menerima maklumat dan menyampaikan cadangan atau ideologi.

Kesan tersebut dapat dilihat apabila Barisan Nasional tumbang buat pertama kali dalam sejarah ketika PRU-14 pada Mei 2018.

Begitu juga dengan Donald Trump yang memenangi Presiden Amerika Syarikat pada 2017 tanpa liputan sepenuhnya oleh media arus perdana.

Tambah Clara, jawatankuasa khas itu turut akan memantau gangguan dari luar terhadap kerajaan dalam menghadapi pilihan raya.

“Memang ada usaha dari luar untuk memanipulasi perdebatan umum dalam negara lain, itu mungkin akan diambil tindakan oleh kerajaannya sendiri.

“Pihak berkuasa akan ada idea yang lebih baik untuk membuat sesuatu dalam mengurangkan risiko gangguan luar ketika pilihan raya nanti,” jelasnya.

Terdahulu, Facebook memaklumkan menutup berdozen akaun dari Rusia, Iran, Vietnam dan Myanmar bagi mengelak campur tangan kerajaan atau orang luar.

BACA > Zamrose dilantik Panglima Tentera Darat yang baharu — Suara Merdeka
BACA > Kembalikan Pulau Pinang kepada pentadbiran Melayu Islam — Suara Merdeka

Perkara itu dilakukan apabila wujud campur tangan Rusia melalui manipulasi akaun Facebook dalam Pilihan Raya Presiden AS. – CNA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button