Nasional

Sindiket ‘ahli Rohingya’ tumpas

JABATAN Imgresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan satu lagi Sindiket Penyeludupan PATI dalam satu Operasi Khas pada 24 Februari 2024 di sekitar Kota Bharu, Kelantan.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh dalam kenyataan berkata, operasi dilakukan oleh sepasukan 12 orang anggota dari Pasukan Taktikal Khas Imigresen (PASTAK) Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat
Imigresen Putrajaya serta JIM Kelantan.

“Operasi yang bermula pada pukul 1 pagi adalah rentetan dari tangkapan ‘Geng Bob’ pada 3 Februari lalu.

“Berdasarkan maklumat risikan, pasukan telah mengesan sebuah kenderaan dipercayai dipandu tekong darat sebelum berhenti di sebuah stesyen minyakberhampiran Wakaf Che Yeh.

“Lanjutan itu, pasukan bertindak mengepung kenderaan suspek. Menyedari kenderaannya dihampiri oleh pihak berkuasa, suspek bertindak memecut kenderaan dan berlaku pelanggaran kecil dengan kenderaan pasukan
operasi.

“Tindakan pantas anggota PASTAK berjaya menahan suspek yang dikenali sebagai Ali berketurunan etnik Rohingya dan dipercayai dalang utama sindiket ini,” katanya.

Katanya, pemeriksaan lanjut ke atas kereta Perodua Kelisa yang dipandu suspek menemui tiga orang wanita dan seorang lelaki warganegara Myanmar berumur antara 19 hingga 21 tahun.

Beliau memberitahu, berdasarkan maklumat, kesemua mereka dipercayai berhenti di stesyen minyak berkenaan yang sering dijadikan lokasi menunggu bas ekspres sebelum dihantar ke Kuala Lumpur.

“Pasukan kemudian bergerak memeriksa rumah dipercayai kediaman Ali dan menemui sepucuk pistol angin.

“Susulan penahanan Ali, pasukan telah menyerbu sebuah rumah di sekitar Pengkalan Kubor, Kota Bharu. Serbuan berjaya menangkap seorang lagi lelaki keturunan Rohingya dikenali sebagai Rahim yang disyaki orang kanan Ali.

“Pemeriksaan lanjut telah menahan 4 orang lelaki warganegara Myanmar berumur lingkungan 16 hingga
27 tahun dan merampas sebuah kereta Perodua Viva yang dipercayai digunakan dalam kejadian ini,” jelasnya.

(Visited 21 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button