JenayahNasionalNegeri

Sibuk kawal barang dari Langkawi, cicir bagasi di jeti Kuala Perlis

SIBUK kawal barang yang dibeli di Langkawi daripada tercicir telah dikenalpasti punca berlakunya kes bagasi sering ditinggalkan di jeti Kuala Perlis.

Inilah senario yang sering berlaku apabila ada sahaja berlaku kes bagasi ditinggalkan sekalipun bukan hampir setiap bulan.

Bagasi yang ditinggalkan oleh penumpang di jeti Kuala Perlis disimpan di Pejabat Laut Kuala Perlis masih belum dituntut.

Sepatutnya penumpang tidak lalai dengan bagasi masing-masing kerana jika berlaku kehilangan akan menyusahkan pihak berwajib.

Biasanya bagasi yang ditinggalkan ini kemudiannya terpaksa dikutip oleh anggota Rela untuk diserahkan kepada pihak Pejabat Laut Kuala Perlis.

Demikian pendedahan Pejabat Laut Kuala Perlis mengenai sikap lalai penumpang yang masih tidak berkesudahan.

Jurucakap ini memberitahu, setakat ini memang berlaku kes tertinggal beg bukan sahaja melibatkan rakyat tempatan malah juga orang asing.

Bagaimanapun katanya setakat ini kebanyakan bagasi ini biasanya akan diambil sebelum tempoh 24 jam.

“Penumpang yang kehilangan bagasi ini akan menuntut di Pejabat Laut Kuala Perlis yang terletak dalam kompleks ini juga,” katanya di sini hari ini.

Katanya, setakat ini masih ada sebuah bagasi yang belum dituntut.

“Rasanya dah masuk setahun dan untuk mengelak dari ada bahan-bahan mentah ada di dalam beg itu terpaksa dibuka,” katanya.

Tinjauan Suara Merdeka juga mendapati anggota Rela yang bertugas juga dilihat sentiasa peka mengawasi mana-mana bagasi yang ditinggalkan.

Sikap lalai penumpang yang menyebabkan bagasi ditinggalkan di kawasan jeti Kuala Perlis.

Kebetulan pada masa tinjauan ini, terdapat bagasi yang ditinggalkan di satu sudut tepi tiang.

Ini menyebabkan anggota Rela berkenaan dilihat mulai bimbang dan mengawasi beg berkenaan sambil bertanya kepada sesiapa yang lalu lalang jika ia milik mereka.

Beliau akhirnya dilihat menarik nafas lega apabila datang pemiliknya sekaligus tidak berlaku kes tertinggal bagasi semasa dia bertugas. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button