NasionalNegeri

Raja Muda Perlis berkenan sampai hadiah Bulan Kebangsaan JPN

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan sempena Bulan Kebangsaan Peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis 2022 di Kem Dato Ariffin Mohd Nam, Tasoh, malam tadi.

Keberangkatan Baginda disambut Pengarah Pendidikan, Naharudeen Othman.

Anugerah Pelakon Terbaik Video Pendek Pahlawan Mat Kilau dimenangi oleh Muhammad Adam Aqashah Che Musrishah.

Juara Video Pendek Pahlawan Mat Kilau (Sekolah) diungguli oleh Sekolah Kebangsaan (SK) Putra (Platinum Sekolah Rendah) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Derma (Platinum Sekolah Menengah).

Para pemenang bagi Pertandingan Berdasarkan Video Webinar Titian Kasih JPN bersama Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis dan Yayasan Tuanku Fauziah (YTF) dijuarai oleh Muhammad Qayyum Mohd Firdaus (SK Kayang) Mewarna (Darjah 1, 2 & 3); Nur Airis Safira Aidi (SK Kayang) E-Poster (Darjah 4, 5 &6); Nurul Dalila Nadirah Mohd Syarim Adzhar, Nur Syazliyana Mohd Saiful dan Nurfarihah Mardiah Nurulaizamazizi (SM Sains Tuanku Syed Putra) Reka Cipta Bahan Terbuang (Tingkatan 1 & 2); Aina Dhafiyah Ahmad Firdhaus (SM Sains Tuanku Syed Putra) Menulis Esei (Tingkatan 3 & 4); dan Amirah binti Nukhman (SMK Syed Alwi) Mengarang Puisi/Syair (Tingkatan 5 & 6).

Bagi kategori Pertandingan Sambutan Bulan Kebangsaan dijuarai oleh SK Beseri (Kawad Kaki Merdeka Platinum Sekokah Rendah dan SK Agama Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah (Platinum Sekolah Menengah).

Inovasi Steam Merdeka (Sekolah) dimenangi SK Pendidikan Khas Perlis (Platinum Sekolah Rendah), SMK Guar Nangka (Platinum Sekolah Menengah); Laluan Merdeka : SR Islam 1 (Platinum Sekolah Rendah) dan SMK Beseri Platinum (Sekokah Menengah).

Turut disampaikan Tuanku Syed Faizuddun ialah hadiah-hadiah kepada Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan (Platinum Foto Kreatif Merdeka JPN); Sektor Infrastruktur dan Perolehan (Platinum Inovasi STEAM Merdeka JPN; Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Platinum Sudut Merdeka (JPN); Sektor Sumber Manusia (Platinum Video Pendek Pahlawan Mat Kilau JPN) dan Sektor Pembangunan Murid (Platinum Anugerah Khas Urus Setia). – SM

(Visited 288 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button