fbpx
Politik

Siasatan rasuah: Khalid dakwa broker perguna nama bekas setiausaha politiknya

BEKAS Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Saman mendakwa nama setiausaha politiknya telah digunakan oleh seorang broker sehingga menyebabkan beliau ditahan polis bagi siasatan rasuah semalam.

Khalid dalam ciapannya di Twitter berkata, beliau tidak boleh mendedahkan hal sebenar kerana kes tersebut dalam siasatan polis.

“Bekas SU Politik saya Hj. Azli, direman polis semalam atas aduan sebuah syarikat arkitek yang diberi DO (Delivery Order ) palsu oleh seorang ‘broker’.

“Broker tersebut menerima ganjaran dengan menjual nama Hj. Azli yang kononnya telah mendapatkan DO berkenaan bagi pihaknya.

“Saya diberitahu ‘broker’ berkenaan telah menerima jutaan ringgit melalui kaedah jual nama ini. Kepercayaan “cash is king” memungkinkan broker berjaya. Broker kaya, yang nama dijual teraniaya,” kata Khalid.

Portal berita FMT hari ini melaporkan Bukit Aman memulakan siasatan ke atas dakwaan rasuah membabitkan seorang bekas menteri di bawah kerajaan Pakatan Harapan.

Menurut portal tersebut, setiausaha politik menteri itu sudah ditahan Jabatan Siasatan Jenayah di Kuala Lumpur untuk disoal siasat atas dakwaan rasuah membabitkan beberapa pemaju di ibu negara.

Satu laporan juga telah dibuat dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pemeriksaan portal itu mendapati siasatan sedang dijalankan polis Brickfields dan Sentul atas “dua jenayah komersial”.-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Penulis mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. 'Kehilangan' jurukamera ketika bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah penulis lupakan.

Related Articles

Back to top button