Nasional

Siasatan awal polis sahkan Azmin Ali tidak langgar SOP

Siasatan awal polis mengesahkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tidak melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergeraan (PKP) seperti yang tular baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali berkata, maklumat awal mendapati sambutan raya Azmin yang tular di laman sosial hanya melibatkan kalangan ahli keluarga yang mendiami kediaman tersebut.

“Keterangan petugas yang menjaga pos kawalan kediaman rasmi menteri itu juga mengesahkan tiada pergerakan keluar masuk tetamu seperti yang didakwa berlaku kelmarin.

“Bagaimanapun, Azmin bersama ahli keluarganya serta anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di kediaman beliau akan dipanggil beri keterangan.

“Pemilik akaun Facebook atas nama Ummi Hafilda Ali serta saksi-saksi lain juga akan dipanggil untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, polis telah menerima satu laporan pada pukul 3 petang berkaitan gambar yang dimuat naik akaun Facebook Ummi Hafilda Ali yang tular di laman sosial.

Gambar tersebut menjadi perhatian kerana terdapat ahli keluarga Azmin yang didakwa merentas daerah dan berkumpul bagi meraikan Aidilfitri yang menjadi kesalahan di bawah Peraturan 12 P.U (A)225/2021.

Kejadian tersebut didakwa berlaku pada kelmarin kira-kira pukul 8 pagi di kediaman rasmi Azmin di Presint 10, Putrajaya.

Dalam pada itu, Fadzil turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati semasa mengeluarkan kenyataan atau komen yang boleh menjatuhkan imeh, kredbiliti dan maruah seseorang ataupun jabatan. -SM

(Visited 1,035 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button