Nasional

Siasat Xavier di bawah Akta Hasutan hina titah diraja – TUNTUT

GERAKAN  Aktivis Tuntut Malaysia (TUNTUT) menggesa polis mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar berikutan kenyataan jelek yang dibuatnya melalui satu video yang tular di media sosial berhubung persidangan Dewan Rakyat Isnin lalu.

TUNTUT yang menganggap kenyataan itu berbaur hasutan membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling di Balai Polis Petaling Jaya, kelmarin.

Pengerusinya, A’zlan Abu Bakar berkata, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu telah memilih untuk menggunakan perkataan “rubbish” (sampah) dan “worthless” (tidak berguna) terhadap Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen Ke-14, Tahun 2020.

Dalam hal ini, kata beliau, TUNTUT mengingatkan bekas Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar tersebut bahawa urusan majlis pada mesyuarat 18 Mei itu hanya melibatkan Titah Diraja, Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen oleh Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong.

“Tindakan menghina majlis mesyuarat tersebut adalah secara lansung menghina Titah Diraja yang disampaikan sendiri oleh Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong.

“Perbuatan menghina Titah Diraja ini melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan serta Undang-undang dan boleh didakwa kerana mempunyai niat untuk menghasut dan menyebabkan ketidakteraman dikalangan rakyat awam,” kata A’zlan dalam satu kenyataan kepada SUARA MERDEKA hari ini.

Justeru, setelah membuat laporan polis tersebut, TUNTUT turut mengemukakan tiga tuntutan penting bagi terus memelihara kedudukan institusi raja di dalam negara. Tuntutan TUNTUT adalah seperti berikut:
1. Siasatan lanjut oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya hukuman berat dapat dijatuhkan terhadap Xavier di bawah Akta Hasutan 1948.
2. Perlucutan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan (D.J.M.K) yang telah dikurniakan kepada Xavier pada tahun 2019.
3. Permohonan maaf secara terbuka kepada Yang di-Dipertuan Agong dan juga rakyat Malaysia.

Tegas A’zlan, keengganan Xavier untuk memenuhi tuntutan-tuntutan di atas bakal membuka mata rakyat Malaysia akan keangkuhan serta ketaksuban beliau dalam berpolitik.

“Sebagai salah seorang Ahli Parlimen dan bekas menteri yang berpengalaman, beliau seharusnya sedar bahawa kenyataan yang menghina serta merendahkan institusi raja dan parlimen adalah sebuah tindakan tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan keharmonian negara.

“TUNTUT juga ingin mengingatkan semua pihak untuk berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan terhadap isu-isu sensitif. Sebarang perbuatan atau kenyataan yang menggugat kedudukan agama Islam, hak keistimewaan orang Melayu dan kedaulatan institusi raja adalah bertentangan dengan perlembagaan persekutuan,” kata beliau. – SM

(Visited 241 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button