fbpx
Ekonomi

Ringgit susut, Bursa dibuka lebih tinggi

PASARAN saham serantau mencatatkan momentum positif selama lima hari berturut-turut membolehkah Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi hari ini.

Indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) catat kenaikan sebanyak 0.36 peratus atau 5.17 mata kepada 1,429.14 pada pukul 9.06 pagi tadi.

BACA > ‘Sugu Pavithra’ dapat gaji sulung sebagai YouTuber — Suara Merdeka

Berbanding ketika dagangan ditutup semalam, indeks itu mencatat 1,423.97 mata. Indeks penanda aras itu dibuka menokok 5.29 mata kepada 1,429.26.

Jumlah dagangan sebanyak 414.79 juta bernilai RM172.42 juta, lapor Bernama.

Bagaimanapun, agensi berita itu turut melaporkan Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan wujud kembimbangan baharu melibatkan vaksin Koronavirus (Covid-19).


Namun itu tidak memberi kelebihan kepada Ringgit walaupun sentimen positif terus mempengaruhi pasaran kewangan serantau.

Pada pukul 9.02 pagi tadi, unit tempatan itu disebut harga pada 4.3450/3550 berbanding ketika ditutup semalam iaitu 4.344/3510.

BACA > Covid-19 satu amaran perubahan iklim boleh wujudkan banyak virus bahaya — Suara Merdeka
BACA > COVID-19: Malaysia di landasan betul — Suara Merdeka

Hal demikian dilaporkan turut dipengaruhi keputusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang berikrar untuk terus menerajui usaha menangani pandemik Covid-19.

WHO berikrar sedemikian semalam selepas Presiden AS, Donald Trump mengugut untuk memotong sumbangan dana dan keluar daripada agensi dunia itu jika enggan pinda prosedurnya dalam masa sebulan.

Ringgit juga dilaporkan rendah berbanding Dolar Singapura kepada 3.0685/0764 daripada 3.0648/0706 semalam.

Matawang negara itu juga susut berbanding Yen Jepun kepada 4.0625/0361 daripada 4.0387/0456.

BACA > ROS sahkan Dr. Mahathir bukan lagi Pengerusi BERSATU — Suara Merdeka
BACA > Bubarkan BERSATU, contohi Semangat 46 kembali ke pangkuan UMNO? — Suara Merdeka

Selain itu, Ringgit turut susut berbanding Pound Britain kepada 5.3291/3431 daripada 5.3166/3269 semalam. – SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Mohamad Athir Ismail

Berpengalaman lapan tahun dalam bidang kewartawanan termasuk penerbitan majalah, surat khabar dan portal berita. Sebelum menyertai Suara Merdeka, beliau pernah berhidmat di pelbagai syarikat penerbitan. Berminat meneroka bidang kewartawanan untuk perniagaan.

Related Articles

Back to top button