Politik
Trending

Siasat RM50 juta dana Youth Power Club 

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah (SPRM) perlu menyiasat dan mengenalpasti pihak menerima dana RM50 juta yang diberi melalui Youth Power Club.

Dana itu dipercayai diberikan oleh Pakatan Harapan ketika menjadi kerajaan. Ia termasuk dana berjumlah RM7.4 juta pada 2019 bagi menggerakkan organisasi bukan kerajaan (NGO) itu.

BACA > Syahredzan tidak setuju warga asing dilarang solat berjemaah — Suara Merdeka

Justeru, RM50 juta diperuntukkan itu adalah bertujuan bagi melaksanakan program-progam berkaitan belia di seluruh negara bagi tahub 2019 dan 2020.

Bagaimanapun, peguam dan penganalisis politik, Adnan Seman menggesa SPRM menyiasat perbelanjaan dana itu.

Hal demikian, susulan siasatan terhadap kehilangan wang RM250,000 dan rampasan RM600,000 yang dikaitkan dengan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman itu.

Pertubuhan bukan kerajaan berkenaan di tubuhkan oleh bekas Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) itu di setiap 222 Parlimen seluruh negara.

“Bermula dengan kehilangan wang tunai RM250,000.00 di rumah Syed Saddiq kini sebanyak RM600,000.00 pula berjaya dirampas.

BACA > Covid-19: Singapura laksana intervensi fiskal terbesar dalam sejarah — Suara Merdeka
BACA > Covid-19: Kes positif di Arab Saudi melepasi 100,000, 36 lagi kematian — Suara Merdeka

“SPRM juga perlu mengenalpasti pihak-pihak yang menerima dana RM50 Juta diberikan kerajaan PH di bawah Youth Power Club yang ditubuhkan oleh Syed Saddiq,” katanya dalam Facebook hari ini.

Youth Power Club ditubuhkan dipercayai bagi mengukuhkan kedudukan Ahli Parlimen Muar itu.

Malah, penubuhan NGO itu dilancarkan oleh bekas Perdana Menteri dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr.  Mahathir Mohamad pada Mei 2019.

Menurut Dr. Mahathir, peruntukan RM50 juta itu akan diagih-agihkan kepada persatuan belia di bawah Youth Power Club melalui pemberian geran.

BACA > Kerjasama Pas, BN, Bersatu mantap, berjaya perkukuh PN hadapi PRU15 — Suara Merdeka
BACA > Perdana Menteri sembah tahniah sempena Hari Keputeraan Agong — Suara Merdeka

Selain itu, melalui NGO itu juga, beliau ketika merasmikan pertubuhan itu turut bersetuju untuk melantik seorang Ahli Dewan Negara daripada kalangan belia. – SM

(Visited 790 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button