fbpx
Nasional

Perdana Menteri sembah tahniah sempena Hari Keputeraan Agong

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili seluruh rakyat negara ini merafak sembah, setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Muhyiddin turut mendoakan Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta kaum kerabat Seri Paduka berdua.

“Patik sekalian mendoakan semoga KDYMM Tuanku akan diberi kekuatan dan keberkatan untuk terus kekal qarar bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan jua.

“Patih juga berdoa ke hadrat Allah SWT mudah-mudahan KDYMM Tuanku dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj serta putera-putera, puteri-puteri dan seluruh kerabat sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat-NYA, dilanjutkan usia dan sentiasa berada dalam sihat walafiat selama-lamanya.

“Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku.


“Menjunjung kasih Tuanku,” Kata Perdana Menteri menerusi catatan di Twitter dan Facebook beliau. – BERNAMA

(Visited 4 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button