Agama

 Siak Masjid rotan kanak-kanak sehingga meninggalkan kesan ketika solat Jumaat

MENERUSI perkongsian yang sudang tular di laman X, individu memuat naik gambar anaknya yang mengalami luka berbirat selepas dirotan oleh siak masjid ketika solat Jumaat.

“Ini kali pertama Afnan solat di masjid itu, tapi dapat pengalaman tak best pula. Rupanya sebelum siak tu masuk saf, dia akan rotan secara random mana-mana budak sebagai amaran supaya budak lain tak bising sebab dia risau bila dia dah masuk saf nanti tiba-tiba ada budak bising atau lari-lari,” tulisnya.

Bagaimanapun siak yang merotan kanak-kanak tersebut sudah meminta maaf di balai polis.

Melihat di ruangan replies rata-rata netizen tidak bersetuju dan bengang dengan tindakan siak merotan kanak-kanak yang hadir ke masjid ketika solat jumaat.

Tindakan sebegini boleh menyebabkan kanak-kanak tawar hati dan berasa takut untuk mengunjungi masjid kerana mempunyai pengalaman yang kurang menyenangkan.

Menggunakan kekerasan untuk menegur kanak-kanak yang bermain atau membuat bising di masjid bukanlah cara yang tepat dan ahli masjid perlu menggunakan kaedah lain untuk mengawal kanak-kanak terbabit.

kreadit :> Vocket

Artikle Berkaitan :>

Pegangan agama yang teguh bentuk pemikiran, jalani kehidupan – Raja Muda Perlis

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button