Ekonomi

Shopee jamin pembelian tanpa risiko dengan 15 hari pemulangan percuma

SHOPEE, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara & Taiwan, baru-baru ini telah meningkatkan pengalaman pengguna dengan pelancaran program ‘15 Hari Pemulangan Percuma’.

Inisiatif ini yang diperkenalkan pada 19 Mac 2024, menawarkan fleksibiliti maksimum dan menjana kepercayaan lebih baik tentang pembelian dalam talian.

Dengan program ini, pengguna mempunyai kebebasan untuk memulangkan barangan yang layak dari seluruh kategori produk termasuk fesyen, gaya hidup, elektronik, dan FMCG. Pemulangan adalah percuma dan tanpa soal dalam waktu jaminan 15 hari untuk pengembalian wang sepenuhnya atas alasan ‘Ubah Fikiran’.

“Di Shopee, kami percaya pembelian dalam talian mestilah menyeronokkan dan mudah untuk semua.

“Program 15 Hari Pemulangan Percuma adalah refleksi kepada komitmen ini. Kami faham bahawa keutamaan membeli-belah boleh berubah-ubah, dan program ini memperkasakan pengguna dengan membolehkan pemulangan dalam masa 15 Hari Jaminan Shopee, sama ada disebabkan oleh produk tidak seperti yang dijangkakan, keperluan yang berubah-ubah, atau ubah fikiran. Ini menyingkirkan kerisauan tentang kesesuaian produk dan memupuk persekitaran pembelian tanpa risiko, membolehkan pengguna untuk membeli-belah dengan yakin di Shopee.” kata ” kata Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data Shopee Malaysia, Ming Kit Tan.

Katanya, Shopee faham kepentingan polisi pemulangan yang lancar adalah sama penting dengan harga penawaran kompetitif dan promosi menarik, sejajar dengan hasil tinjauan dari kajian pasaran ‘Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan Pembeli-belah Generasi Z di Era Digital’**.

Kajian ini mendapati  83% responden Gen Z mengutamakan nilai maksimum dalam pembelian mereka. Dalam kata lain, faktor seperti penghantaran percuma, harga kompetitif, dan promosi menarik adalah motivasi penting buat mereka. Dengan menawarkan pilihan pemulangan tanpa masalah bersama dengan ciri-ciri ini, Shopee memenuhi keperluan pembeli-belah yang mementingkan nilai dan memupuk pengalaman membeli-belah yang boleh dipercayai.

Untuk memastikan kemudahan maksimum dengan program 15 Hari Pemulangan Percuma, Shopee menawarkan pilihan pemulangan tanpa kos ekstra.

Pengguna boleh memilih untuk pemulangan ‘pick-up’ dari pintu rumah anda melalui kerjasama dengan rakan logistik Shopee di bawah Shopee Supported Logistics (SSL) atau memilih pemulangan ‘drop off’ ke mana-mana cawangan SPX Express, J&T dan Pos Laju seluruh negara.

Tambahan lagi, program ini juga membolehkan pemulangan yang diatur sendiri pelanggan menggunakan khidmat kurier yang diingini, untuk fleksibiliti maksimum.

Sejak pelaksanaannya pada 19 Mac 2024, program ini telah menjana maklum balas positif yang meluas dari pembeli dan penjual. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button