Nasionalpilihan

Mahkamah Persekutuan putuskan tiga anak Loh kekal bukan Islam

Mahkamah Persekutuan membuat keputusan tiga anak kepada ibu tunggal, Loh Siew Hong yang ditukar agama mereka secara unilateral atau sebeleh pihak oleh bapa mereka, kekal sebagai bukan Islam.

Keputusan itu dibuat oleh panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat.

Panel sebulat suara menafikan permohonan kebenaran rayuan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (Maips), dan tiga yang lain, untuk mengembalikan penukaran agama unilateral pada 2020 itu oleh bapa mualaf mereka, Muhammad Nagahswaran Muniandy.

Perayu lain adalah kerajaan negeri Perlis, Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin, dan pendaftar mualaf negeri.

Mahkamah Rayuan pada 10 Januari lalu membenarkan rayuan Loh membatalkan penukaran agama unilateral anak kembarnya berusia 15 tahun dan anak lelakinya yang berusia 12 tahun.

Ibu berusia 36 tahun itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 11 Mei tahun lalu, yang menolak semakan kehakimannya yang mencabar kesahihan penukaran agama secara sebelah pihak. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button