Politik

Shahruddin letak jawatan Timbalan Menteri Kerja Raya

AHLI Pimpinan Tertinggi Bersatu (PPBM) Dr. Shahruddin Md Salleh meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya serta merta.

Ahli Parlimen Sri Gading itu dalam satu kenyataan akhbar mendakwa beliau melakukan ijtihad politik yang kurang tepat iaitu dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional PN sebelum ini.

“Saya seharusnya meletakan keutamaan dengan membuat pertimbangan bahawa pengundi- pengundi di Parlimen Sri Gading telah memilih parti Pakatan Harapan PH dalam PRU14,

“Sebagai langkah awal bagi saya membetulkan kesilapan ini, maka saya dengan ini meletak jawatan kerana saya dilantik ke jawatan ini oleh YAB Perdana Menteri dari kerajaan Perikatan Nasional PN,” katanya dalam satu kenyataan.

Dua hari lalu Ahli Parlimen Sri Gading itu menyatakan beliau sedia melepaskan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya dan meninggalkan Perikatan Nasional jika tindakan itu dapat mengukuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Katanya, ia akan dilakukan demi rasa sayangnya kepada parti dan ingin melihat pengukuhan parti dan dapat memberikan sepenuhnya tumpuan kepada Bersatu.

“Saya tak mahu lihat Bersatu lemah kerana kita berpecah dan berbalah. Boleh pengsan bila kita baca perbahasan kita dalam media sosial, kita saling melondeh kain sendiri, ditular, dah tak ada segan silu lagi, mana kita dapat budaya sebegini rupa?

“Saya juga tak mahu lihat Bersatu mati tidak berkubur, tidak berbatu nisan, saya sayangkan Bersatu, sayang sangat-sangat, betapa sukarnya membina Bersatu, susah payah lawan BN, ke sana ke sini bersama Tun (Dr Mahathir Mohamad), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan rakan-rakan versi 1.0,” katanya menerusi catatan yang dikongsikan di Facebook Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini.-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button