Hiburan

Penyanyi era 90-an Izzaka meninggal dunia

Pernah berduet dengan Ziana Zain

PENYANYI era 90-an, Izzaka yang pernah berduet dengan Ziana Zain menerusi lagu Hadirmu dilaporkan meninggal dunia di Hospital Raya Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak pada pukul 11.40 malam tadi.

Laporan Harian Metro memberitahu, Izzaka atau nama sebenarnya, Mohd. Zakaria Yaacob, 60, meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada buah pinggang.

Bekas isterinya, Hazana Mohamad Zabandi, 47, berkata, arwah dimasukkan ke hospital sehari sebelum Aidilfitri selepas didapati berada dalam keadaan separuh sedar.

“Pemeriksaan doktor mendapati terdapat nanah di bahagian buah pinggang yang perlu disedut bagi mengelakkan ia merebak ke jantung.

“Pada raya ketiga, arwah langsung tidak sedarkan diri dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Selama enam hari dia tidak sedarkan diri sehingga raya ke-lapan sebelum kembali sedar pada 1 Jun,” katanya.

Menurut Hazana, ketika arwah mula sedar, dia sempat berbual dan doktor mula memindahkannya ke wad biasa.

Namun jelas Hazana, malam tadi doktor memberitahu, otak arwah tidak berfungsi sebelum dia meninggal dunia.

Tambahnya, sebelum arwah meninggal, dia sempat menyuapkan arwah makan seperti yang dimintanya dan sempat menyampaikan salam kepada rakan-rakan artis.

Jenazah allahyarham Izzaka selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru Raya, Ipoh, hari ini.

Salam takziah buat keluarga allahyarham daripada warga kerja SUARA MERDEKA. – SM

(Visited 643 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button