Ekonomi

Serba Dinamik saman KLSE Screener

SERBA  Dinamik Holdings Bhd memulakan tindakan undang-undang terhadap pemilik dan pengendali platform sehenti dalam talian berkaitan pelaburan, KLSE Screener.

Tindakan itu turut diambil oleh Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah

Ini ekoran dakwaan bahawa platform itu menerbitkan komen palsu dan fitnah yang disiarkan oleh akaun pengguna yang menyamar sebagai CEO Kumpulan Serba Dinamik.

Serba Dinamik dalam kenyataan berkata, akaun Pengguna, yang bernama “Dato’ Mohd Karim” telah menerbitkan komen palsu di laman web klsescreener.com yang membawa kepada spekulasi yang tidak diingini mengenai saham Serba Dinamik.

Pengerusi Serba Dinamik, Datuk Mohamed Ilyas, berkata perintah interim telah diambil oleh syarikat dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya terhadap Lim Kai Yang, yang menjadi Pemilik dan Pengendali KLSE Screener.

(Visited 173 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button