Hiburan

Remy Ishak, isteri teruja terima hadiah kahwin daripada Agong dan Raja Permaisuri

PELAKON yang baru sahaja berkahwin baru-baru ini iaitu Remy Ishak dan isterinya, Ezza Yusof berkongsi keterujaan apabila menerima hadiah perkahwinan paling istimewa buat mereka.

Masakan tidak, hadiah dengan kotak serba kuning itu dikirim khas oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Malah, satu video juga dimuat naik oleh Remy sebagai perkongsian kepada peminatnya.

“Patik dan isteri merafak sembah menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah atas hadiah perkahwinan daripada Istana Negara kepada kami berdua.

“Kami mendoakan kesejahteraan dunia dan akhirat serta limpah kurnia Allah buat Tuanku dan Tunku,” katanya.

Terdahulu, Remy dan isterinya yang juga seorang usahawan selamat bergelar suami isteri dalam majlis pernikahan yang diadakan di ibu negara. -SM

(Visited 785 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button