Politik

Sepatutnya undi percaya kepada PM harus diutamakan

GLOKALIS Tun Sri Lanang berkata, senario politik di Malaysia kian tidak menentu. UMNO dengan isu-isu dalamannya. PPBM dengan isu-isu dalamannya yang kian meruncing.

Beliau juga melihat, perkembangan lain yang sedang hangat diperkatakan bahawa Datuk Seri Azmin Ali telah berjumpa dengan Rafizi, Ezam dan terlahir senario memohon ampun dan maaf dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Senario ini, pada pandangan Tun Sri Lanang, seolah-olah akan dan mungkin bakal berlaku samada Azmin cuba kembali semula kepada PKR atau membina semula jambatan yang dibakarnya dahulu; atau memperkukuhkan kedudukan PPBM setelah ada aktiviti panas yang bergerak di dalam UMNO.

“Apa pun senarionya, pembukaan sidang Parlimen memberikan nafas baharu kembali kepada sistem demokrasi negara” katanya kepada wartawan SUARA MERDEKA hari ini.

Banyak yang perlu diperbahaskan dan diperbincangkan demi kesejahteraan rakyat, kata Tun Sri Lanang dan kerajaan tidak boleh membuat keputusan sendiri tanpa ada yang memeriksa tindakan mereka.

“Ini bukan soal undi tidak percaya kepada Perdana Menteri. Ini soal hidup mati generasi yang sedang dilanda musibah.

“Malaysia perlu mempunyai kerajaan yang stabil dan dinamik. Isu-isu dalaman politik kepartian bukan menjadi keutamaan ketika ini kerana rakyat sedang resah, sedang derita dan sedang menangis setiap masa,” ujar beliau.

Beliau menegaskan, undi tidak percaya tidak harus berlaku. Malah sepatutnya undi percaya kepada Perdana Menteri harus diutamakan.

“Perdana Menteri perlu diberikan kepercayaan untuk mengurus keadaan sekarang yang bertambah kronik dan rumit ini. Undi percaya kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah perlu dan bukan undi tidak percaya .

“Saya setuju Barisan Nasional (BN) tidak sokong undi tidak percaya ini.  Bersidang sebagai wakil rakyat yang khuwatir tentang rakyat,” kata beliau.

Tambah beliau, bukan berbincang untuk menggugut atau mencari salah tetapi berbincang dan berbahas untuk mencari formula penyelesaian.

“Saya percaya anda sebagai wakil rakyat boleh melakukan perubahan ini. Jadilah wakil rakyat yang bertanggungjawab. Saya pasti rakyat akan menyukai anda,” kata Tun Sri Lanang. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button