Nasional

Penglibatan NGO, swasta diperlukan dalam melawan Covid-19 – PM

PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin bangga denga kesedaran ahli keluarga dan penjaga kepada individu orang kelainan upaya (OKU) tentang ancaman virus COVID-19.

Muhyiddin turut menghargai sokongan mereka terhadap program imunisasi COVID-19 yang dilaksanakan kerajaan.

Menurutnya, sehingga 20 Jun lalu sebanyak 280,904 daripada 579,150 individu OKU yang berdaftar di bawah sistem maklumat OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mendaftar dengan MySejahtera untuk menerima vaksin COVID-19.

Daripada jumlah itu, sebanyak 15,914 individu OKU telah menerima dos pertama manakala kira-kira 4,000 individu telah menerima dos kedua.

Perdana Menteri hari ini meninjau proses pemberian vaksin kepada komununiti orang kurang upaya (OKU) Pusat Pemberian Vaksin OKU pandu-lalu di di Menara Sime Darby Plantation.

Fasiliti yang dikendalikan oleh badan bukan kerajaan, OKU Sentral tersebut merupakan yang PPV pandu lalu pertama untuk masyarakat OKU.

“PPV OKU-pandu lalu yang dikendalikan oleh pertubuhan bukan kerajaan OKU Sentral ini dibuka khas untuk membantu ahli komuniti OKU menerima suntikan vaksin mengikut kesesuaian dan keadaan mereka dengan dibantu oleh sukarelawan OKU yang berpengalaman berurusan dengan komuniti OKU.

“Proses vaksinasi golongan OKU bukanlah suatu tugas yang mudah kerana sifat atau tidak balas mereka yang tentunya berlainan daripada biasa,” katanya.

Muhyiddin turut memuji penyediakan bilik bertenang yang dilengkapi permainan dan juga alunan muzik.

Penyediaan bilik berkenaan merupakan satu inisiatif yang amat baik dalam membantu menenangkan anak-anak OKU.

Katanya, usaha Kerajaan dengan penglibatan NGO dan juga sektor swasta amat diperlukan dalam memastikan seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang mendapat suntikan vaksin COVID-19.

“Terima kasih kepada semua petugas kesihatan, OKU Sentral sebagai pengendali, para sukarelawan OKU, Sime Darby Plantation dan Yayasan Sime Darby yang membantu menaja lokasi dan perkhidmatan logistik sepanjang program vaksinasi OKU ini dijalankan.

“Saya amat berharap agar lebih banyak syarikat berkaitan kerajaan atau GLCs dan pertubuhan bukan kerajaan dapat berganding bahu serta memberikan sokongan kepada usaha kerajaan untuk menjayakan program vaksinasi ini,” kata Muhyiddin.

Sementara itu, Muhyiddin turut mengumumkan kenaikan kadar elaun harian RM100 sehari kepada sukarelawan OKU.

Penambahan inisiatif tersebut turut diterima sukarelawan kesihatan bermula hujung bulan ini seperti yang diumumkan Muhyiddin di Pagoh, Johor Selasa lalu.

Turut hadir di majlis tersebut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun dan Pengerusi OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi.-SM

(Visited 62 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button