Ekonomi

Senyuman membawa keceriaan dalam program amal Pa&Ma dan KARIHOME

Portal majalah Pa&Ma telah menganjurkan sebuah program beramah mesra bersama Anak Yatim dari Sekolah Kebangsaan Bukit Kemuning 2 di Park Royal Collection Hotel, Kuala Lumpur pada 14 Mei lepas.

Program ini turut diserikan oleh KARIHOME dalam masa yang sama menyampaikan sumbagan wang ringgit beserta hamper istimewa kepada enam orang pelajar telah merekodkan prestasi yang cemerlang.
Dalam Majlis tersebut turut mengadakan pertandingan baju raya sedodon dengan penyertaan lima orang finalis terpilih dari 400 peserta.

Pemenang pakaian terbaik untuk anak-anak

Juara telah digalas oleh Nordiana Razali yang memenangi wang tunai berjumlah RM1500.00, hamper barangan daripada KARIHOME dan cenderahati Pa&Ma, di ikuti oleh pemenang kedua iaitu Nur Hashikin Mohd Alifiah yang memenangi wang tunai berjumlah RM1000.00, hamper barangan daripada KARIHOME dan cenderahati daripada Pa&Ma dan akhir sekali tempat ketiga disandang oleh Marziana Abd Rashid yang membawa pulang RM500.00, hamper barangan daripada KARIHOME dan cenderahati Pa&Ma. Akhir sekali pemenang saguhati turut membawa pulang wang tunai berjumlah RM500.00, hamper barangan KARIHOME dan cenderahati daripada Pa&Ma disandang oleh Ella Sierra dan Siti Nurdiyana Nabilah Jaffar.


Menurut Editor Pengurusan Group Family dan Parenting, program seperti ini dapat menggalakkan pertumbuhan dan mengukuhkan tali silaturahim antara warga kerja portal Pa&Ma dan para pembaca.

“Sebelum ini, Pa&Ma, aktif terlibat dengan kerja-kerja CSR. Dan inisiatif CSR kami tidak hanya fokus kepada golongan kurang berkemampuan seperti asnaf, ibu tunggal, atau anak yatim tetapi kami juga turut memberikan perhatian kepada pertubuhan dan persatuan lain seperti Anak Autism, Anak Syndrome Down, Pejuang Garis Dua, Kucing Terbiar dan banyak lagi”. Ujarnya.

Selain itu, majlis turut meraikan barisan rakan strategik yang senantiasa menyokong perkembangan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat yang dianjurkan oleh portal majalah tersebut. Antara rakan strategik yang hadir bagi menerima penghargaan tersebut adalah Persatuan Kucing Malaysia, Persatuan AlMustaanKUEHDe Anna Creation, Joy Design Studio dan Metro IVF.

Bagi Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Syamil Fahim, berkata jumlah kecil atau besar bukan ukuran yang penting semua orang boleh tersenyum.

“Apabila kita memberi, bukan jumlah yang paling utama tetapi adakalanya bantuan yang kecil juga sudah memadai untuk membuatkan orang yang menerima itu tersenyum.” Katanya.

Dalam masa yang sama beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada KARIHOME kerana turut sama menyumbang dan memeriahkan majlis tersebut.

Beliau juga turut mengalu-alukan lebih banyak kerjasama dari pihak yang berminat untuk merealisasikan program-program yang bermanfaat di masa akan datang.

Ia selaris dengan Misi dan visi SEMUA ORANG HARUS TERSENYUM maka Pa&Ma, menjadikan BAWAKAN SENYUMAN sebagai sebuah program yang memberi manfaat kepada semua golongan yang memerlukan tanpa mengira tua atau muda, bangsa mahupun agama.

Portal Pa&Ma turut menganjurkan sebuah rancangan televisyen yang bertajuk Pa&Ma Playdate – Pa&Ma Playdate merupakan sebuah program realiti TV berbentuk “infotainment” yang menyajikan pelbagai kupasan topik menarik berkaitan keibubapaan, pendidikan anak-anak, serta penjagaan kesihatan.

Di dalam Pa&Ma Playdate, dua keluarga selebriti akan berkumpul untuk melakukan aktiviti bersama dan merasai sendiri kehebatan Mitsubishi XPANDER! Dalam setiap episod, keunikan Mitsubishi XPANDER akan di ketengahkan untuk memaparkan kelebihannya sebagai kereta famili.

Program sebanyak 10 episod ini berdurasi 30 minit disiarkan bermula 18 Mac 2023, setiap Sabtu jam 10.00 malam di saluran ASTRO RIA. – SM 

 

(Visited 145 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button