Politik

Semua salah Annuar Musa, Tun Faisal

Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, beliau dan bos beliau, Tan Sri Annuar Musa sering disalahkan apabila terdapat masalah menimpa Presiden.
Semuanya serangan kononnya digerakkan oleh mereka berdua kepada Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan selepas itu akan terbit pelbagai macam berita palsu.
“Setiap kali Presiden ditimpa masalah, mesti ada macam fake news dan macam-macam fake lagi keluar,” katanya dalam hantaran ke Facebooknya.
Katanya, bila timbul isu surat sokong Anwar – tiba-tiba keluar banner minta “Zahid Letak Jawatan” dan bahawa banner ini dinaikkan oleh orang Annuar Musa dan Tun Faisal.
“Bila kredibiliti Presiden dipertikaikan dan ramai minta dia letak jawatan – tiba-tiba keluar buku “30 dalil Kenapa Zahid Perlu Letak Jawatan Sebagai Presiden UMNO” – dan buku ini dihasilkan oleh Annuar Musa dan Tun Faisal.
“Bila keluar rakaman suara Zahid dan Anwar, tiba-tiba keluar teks yang disebarkan melalui whatsapp kepada Ketua-ketua UMNO Cawangan dan Ketua Sayap UMNO Cawangan bahawa rakaman itu dicipta oleh Annuar Musa dan Tun Faisal.
“Bila imej Zahid semakin merosot apabila dia gagal memaksa Ahli Parlimen UMNO menarik balik sokongan kepada PN dan dia diasak bertubi-tubi sebagai Presiden gagal dan diminta letak jawatan – disebarkan melalui whatsapp bahawa berita palsu dihasilkan oleh Annuar Musa dan Tun Faisal.
Begitulah hebatnya Annuar Musa dan Tun Faisal serta ketakutan mereka terhadap Annuar Musa dan Tun Faisal,” katanya.
(Visited 924 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button