Politik

Kita belum selamat, Agong perisai terakhir rakyat

AKHIRNYA kerajaan terpaksa akur mengadakan persidangan parlimen dan kemungkinan juga darurat tidak disambung.
Sebagai kerajaan yang menjunjung kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu akhirnya kerajaan akur, walaupun asasnya adalah kerana desakan ahli politik yang berkepentingan peribadi.
Hakikatnya Program Pemulihan Negara (PPN) sedang bergerak lancar yang akan membawa kita keluar daripada krisis pandemik Covid-19, kira-kira enam bulan lagi.
Namun oleh kerana nafsu serakah orang politik yang gilakan kuasa mereka akhirnya berjaya mendesak persidangan parlimen diadakan dengan niat untuk menjatuhkan kerajaan yang sedang bertungkus-lumus memerangi wabak.
Ingat lagi ketika kes harian Covid-19 sebanyak 3,000 kita telah mengumumkan Proklamasi Darurat dan sekarang jumlah kes harian telah meningkat tiga kali ganda.
Secara lojik dan matematik mudah, sudah sewajarnya darurat yang tamat pada akhir bulan ini disambung dan terlebih awal pada 26 Julai  persidangan parlimen dibatalkan.
Fikir-fikirkanlah dengan darurat, undang-undang dan peruntukan untuk melawan Covid-19 dapat dipercepatkan kelulusan, berbanding jika dibentangkan di Dewan Rakyat.
Ahli-ahli parlimen kita memang terkenal dengan sikap kebudak-budakan apabila berada di dalam dewan yang mulia berkenaan kerana mereka sedar diberi kekebalan daripada sebarang tindakan undang-undang.
Kadangkala isu kecil sahaja mereka bertikam lidah seharian semata-mata mahu menunjukkan siapa lebih berkuasa dan bijak.
Bayangkan negara memerlukan keputusan segera terpaksa pula melaksanakan undian dan berbahas berhari-hari dan selepas itu dibawa ke Dewan Negara pula untuk diluluskan.
Jika akhirnya peruntukan dan undang-undang tidak diluluskan, masa dibuang begitu sahaja.
Kita dalam peperangan. Ketika peperangan perlukah lagi parlimen bersidang.
Kini terletak di tangan Yang di-Pertuan Agong untuk memberi kata putus supaya dapat membebaskan negara ini daripada ahli-ahli politik yang rakus mementingkan diri sendiri dan cita-cita politik daripada kesejahteraan rakyat serta kestabilan negara.
Yang di-Pertuan Agong satu-satunya perisai terakhir rakyat daripada anasir-anasir yang mahu mencapai kepentingan peribadi, tetapi menggunakan topeng perjuangan, manakala rakyat sebagai perisai.
(Visited 683 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button