Nasional

Semua laluan tikus masuk Kuantan ditutup, mula malam tadi

SEBANYAK 90 peratus penduduk daerah Kuantan, Pahang terlibat dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan DiPerketatkan 9PKPD) di tujuh mukim yang berkuat kuasa sejak malam tadi, 25 Mei untuk tempoh dua minggu akan datang.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, sepanjang PKPD, polis menutup sepenuhnya laluan tikus ke Kuantan dengan menggunakan penghadang konkrit dan kawat duri termasuk di laluan kelapa sawit di Felda Neram yang merupakan laluan dari Terrengganu.

Sekatan jalan raya (SJR) pula, katanya, akan dilaksanakan di enam lokasi laluan utama keluar-masuk ke daerah itu termasuk di Tanjung Lumpur, Kampung Chendor, Gambang dan laluan Pekan-Kuantan.

Tambah beliau, tindakan kompaun akan dikenakan secara automatik kepada mereka yang melepasi sempadan atau meloloskan diri tanpa kebenaran.

“Mereka yang bolos, akan dikenakan kompaun dengan tiada sebarang kompromi atau belas kasihan kerana pemakluman PKPD sudah dihebahkan selain peningkatan kes yang mendadak di daerah Kuantan,” katanya.


Katanya lagi, selain penghadang dan kawat duri, pasukan kereta peronda (MPV) dan unit rondaan bermotosikal (URB) akan melakukan pemantauan berkala di laluan tikus bagi memastikan tiada cubaan keluar-masuk kawasan PKPD.

Bagi memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) PKPD di Kuantan, Abd. Jalil berkata, cuti pegawai dan anggota khususnya dari IPD Kuantan masih dibekukan walaupun Bukit Aman sudah memberi kelulusan cuti seminggu selepas raya .

Selain kira-kira 60 pegawai dan anggota dari IPK Pahang dipinjamkan ke IPD Kuantan sepanjang tempoh PKPD memandangkan pihak berkuasa memerlukan kekuatan 300 tenaga kerja setiap hari bagi pelbagai penugasan berkaitan pematuhan SOP. – SM

(Visited 40 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button