Jenayah

Sembilan polis ditahan peras ugut ahli perniagaan

Sembilan anggota polis ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung kes peras ugut seorang ahli perniagaan dipercayai ada kaitan dengan dadah di Gombak baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, S Sasikala Devi berkata, anggota polis itu berpangkat daripada konstabel hingga sub-inspektor. Mereka ditahan kira-kira jam 11 pagi di ibu pejabat polis daerah Gombak.

Beliau berkata penahanan itu susulan laporan yang diterima daripada ahli perniagaan berusia 32 tahun itu pada 26 Julai lalu.

“Siasatan dijalankan di bawah Kanun Keseksaan selain siasatan tatatertib yang akan dijalankan,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Beliau berkata tindakan susulan terhadap semua anggota polis terbabit juga akan dilakukan oleh Bukit Aman.

Semakan awal juga mendapati pengadu mempunyai rekod lampau berkaitan dadah, katanya.

 

(Visited 157 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button