fbpx
BeritaNasional

Selesaikan hutang si mati terlebih dahulu

KISAH konflik keluarga membabitkan ‘perebutan’ harta peninggalan si mati sebenarnya bukan isu baharu di negara ini. Bezanya hanyalah perkara ini mendapat liputan pihak media atau tidak.

Dalam hubungan ini, perselisihan faham yang berlaku antara keluarga pelawak terkenal, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd. Redzuan atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey yang meninggal dunia pada 10 Februari lalu dengan balu ditinggalkan agak menggemparkan para peminatnya.

Apa pun yang tersirat di sebalik kejadian ini, kedua-dua pihak harus akur kepada hukum yang telah digariskan.

Berikut pandangan yang dikongsi bersama seorang peguam syariah, Muhammad Syarafi Mohd. Salleh menerusi akaun Facebook beliau:

Faraid dan harta sepencarian
⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️⤵️
Apabila suami/isteri, salah seseorang itu telah meninggal dunia dan ada meninggalkan sejumlah harta yang banyak apa perlu dibuat?


Perlu difahami, apabila salah seorang itu dah meninggal dunia tak kisah sama ada isteri atau suami, pihak yang bertanggungjawab menguruskan harta peninggalan si mati ialah pihak suami atau isteri kepada si mati
(sekiranya perlu dibantu oleh ahli waris lain barulah kita bantu untuk menguruskan sahaja, tapi sekiranya tak perlu maka biarkan pihak berkenaan uruskan sehingga selesai!)

1. Segera menyelesaikan HUTANG-HUTANG yang ada jika si mati tidak sempat menyelesaikannya semasa hidup.

👉Buka Quran belek surah Al-Baqarah ayat 282-283 berkenaan HUTANG yang telah dijelaskan oleh Allah S.W.T sebagai peringatan bersama👈

2. Laksanakan segala amanah yang si mati telah tinggalkan spt WASIAT/HIBAH kepada penerima yang telah di amanahkan oleh si mati semasa hayatnya.

👉Mengikut seksyen 47(2) (b) (iv) & 48 (1) (2) (b) ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM NEGERI ada dijelaskan berkenaan bidangkuasa Mahkamah Tinggi Syariah dan bidangkuasa Mahkamah Rendah Syariah👈

3. Sekiranya si mati itu telah berkahwin, sebelum harta tersebut di isytiharkan sebagai faraid kepada ahli waris yang layak, isytiharkan terlebih dahulu harta tersebut sebagai HARTA SEPENCARIAN antara si mati dan juga suami/isteri.

👉Dalam SEKSYEN 122 ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM NEGERI ada menjelaskan berkenaan kuasa mahkamah memerintahkan harta sepencarian👈

☝👉biasanya ahli waris ramai yang CULAS bab ini sebab nak segerakan faraid harta si mati sedangkan suami/isteri masih ada HAK ke atas harta yang telah ditinggalkan oleh si mati.👈

4. Selepas semua urusan di atas selesai, baki peninggalan ke atas harta si mati tadi, baru lah di teruskan kepada FARAID kepada ahli waris yang LAYAK mengikut hukum syarak.

👉Dalam seksyen 51 ENAKMEN PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM NEGERI ada dijelaskan berkenaan SIJIL FARAID dikeluarkan di Mahkamah Syariah Negeri👈

👉maklumat lanjut tuan/puan boleh rujuk dengan mana-mana Pengamal Undang-undang bertauliah sahaja.👈

Show More

Related Articles

Back to top button