Hiburan

“Saya reda mati dari lihat ibu saya dihina sedemikian,” – Ali Puteh

APA yang menjadi kemarahan Ali Puteh apabila Aliff Syukri memuatkan video wawancara balu Abam Bocey di media sosial?

Warganet yang tidak tahu hujung pangkal telah menyebabkan pelbagai fitnah timbul kepada keluarganya.

Orang ramai membela kakak ipar dan Aliff Syukri sehingga Ali dikecam hebat.

Apa pun, katanya, dia rela dihina dan sudah memaafkan warganet namun masih terasa kesal dengan tindakan Aliff Syukri yang didakwa menghina ibunya.

“Saya reda mati dari lihat ibu saya dihina sedemikian,” ujarnya dalam satu video yang dimuatnaik di FB OfficialRiaX.

BACA: Ali Puteh cabar Aliff Syukri bersemuka

Walaupun tidak menamakan siapa individu tersebut ia jelas merujuk kepada video kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri bersama isteri Abam, Siti Nurhidayah Mohd Ali.

Mengaku terkilan dengan jawapan kakak ipar dalam rakaman itu, Ali Puteh menjelaskan apa yang dibuatnya semata-mata mahu menguruskan harta peninggalan Abam termasuk hutang dan urusan faraid.

Tindakannya itu sudah dimaklumkan kepada Siti Nurhidayah dan kakak iparnya itu sudah bersetuju.

“Video seorang jutawan, kita semut api dia semut besar, soalan dan jawapan yang ditanya terutama daripada segi harta-harta Abam yang menjadi persoalan,” ujarnya.

Mengenai isu telefon bimbit arwah, Ali memberitahu ia dipegangnya kerana mahu memastikan maklumat yang ada di dalamnya termasuk hutang Abam yang masih tertunggak.

“Saya dulu pembantu dan pemandu arwah, saya tahu dan saya sudah beritahu dia (kakak ipar) selepas selesai ambillah balik telefon itu, kami adik beradik arwah Abam sudah beli telefon seorang satu,” katanya.

Ali juga menjelaskan isu kenderaan dan dakwaan kakak iparnya yang didakwa diusir sehelai sepinggang

Kedua, katanya, isu beg duit Abam diambilnya kerana mahu mendapatkan kad Seniman arwah tetapi mendapati dua kad bank arwah sudah tiada.

Beliau juga mendapati wang tunai tiada dalam dompet berkenaan dan memaklumkan kepada kakak iparnya, wang yang ada perlu diserahkan kerana ia menjadi barangan faraid.

Menurut Ali, beliau tidak mahu sesen pun duit dan harta arwah kerana mengikut hukum Islam, segala harta difaraid kepada ibu, isteri dan anak lelaki Abam sahaja.

Mengenai dua kereta milik arwah Abam, beliau menjelaskan sebuah kereta Vellfire masih dalam hutang bank manakala sebuah Viva pula dibeli dari bapa saudaranya secara ansuran.

“Arwah Abam ada kata bila aku ada duit Viva ini dan tukar nama kepada isteri aku dan itulah yang saya hendak buat, hendak susun satu persatu,” katanya.

Ali juga menafikan dakwaan Siti Nurhidayah dihalau keluar sehelai sepinggang dari rumah sedangkan ia adalah kehendaknya sendiri.

Malah beliau mendakwa kakak iparnya juga turut mengambil barangan berharga arwah bersamanya.

 

(Visited 436 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button