Nasional

Selangor lulus RM2 juta guna dron pantau sungai

KERAJAAN Negeri Selangor telah meluluskan peruntukan sebanyak RM2 juta untuk menggunakan dron berteknologi tinggi bagi memantau kawasan sungai di negeri itu daripada terus dicemari.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna Selangor, Hee Loy Sian berkata, dron tersebut akan mula digunakan bulan depan.

“Kita sudah luluskan RM2 juta untuk negeri guna pakai dron berteknologi tinggi bagi melaksanakan ujian sampel air dengan lebih berkesan dan cepat.

“Pada masa sama, dron ini juga boleh digunakan untuk masuk ke tempat terpencil yang sukar untuk kita capai disebabkan faktor geografi dan sebagainya. Ia akan bermula bulan depan,” katanya.

Dalam sidang akhbar hari ini, Loy Sian yang menjawab mengenai pencemaran sungai hingga menyebabkan bekalan air terputus menafikan terdapat kilang haram di sepanjang Sungai Selangor.

“Memang tak ada industri di sepanjang sungai. Industri yang ada terletak kira-kira 30 hingga 50km.

“Industri yang menghasilkan bahan cemar itu biasanya membuang sisa ke longkang dan ia mengalir ke dalam anak sungai, sebelum sampai ke sungai utama.

“Sepanjang Sungai Selangor memang tiada industri haram. Kalau ada pun, jauh daripada sungai,” katanya pada sidang akhbar yang berlangsung di Muka Sauk Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 2.

 

(Visited 256 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button