Nasional

Sambutan Deepavali: Tunggu SOP MKN – Ismail Sabri

MENTERI Kanan Kluster Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, seramai 649 606 individu dikompaun manakala 43 lagi direman kerana ingkar SOP.

Beliau berkata dalam sidang akhbar harian hari ini, mereka yang ingkar kesalahan Perintah Kawalan Keselamatan Bersyarat (PKPB) ialah tidak memakai pelitup muka.

“Seramai 213 orang yang ingar PKPB tidak memakai pelitup muka manakala 151 lagi tidak mengamalkan penjarakan sosial.

“Sebanyak 75 aktiviti pusat hiburan juga didapati gagal mematuhi PKP selain daripada gagal menyediakan rekod butiran diri serta menyediakan peralatan iaitu 67 kesalahan,” katanya sambil menambah, 143 lagi melakukan lain-lain keingkaran PKPB.

Dari segi orang ramai, kata Ismail Sabri, SOP asas untuk perlindungan diri seperti memakai pelitup muka dan penjarakan sosial masih gagal dipatuhi.

Beliau dalam nada kesal menyatakan bahawa pihak task force tidak akan berkompromi dengan sesiapa sahaja yang melanggar arahan dan perintah.

“SOP asas patut jadi budaya seluruh rakyat Malaysia. Jadikan ia amalan hidup kita tetapi masih gagal.

“Kegagalan mematuhi perintah PKPB dan SOP bukan sahaja individu diambil tindakan tetapi premis perniagaan, jika gagal patuhi SOP juga akan dikenakan tindakan.

“Tindakan bukan sahaja boleh diambil terhadap mereka dengan dikenakan kompaun tetapi ditutup premis perniagaan,” tegas beliau.

Dalam masa yang sama, Operasi benteng yang dilakukan oleh ATM, PDRM, agensi penguatkuasaan, jabatan imigresen, kastam, agensi kawalan sempadan dan lain lain, kata Ismail Sabri, masih diteruskan.

“Kawalan ketat di sempadan negara terus dilakukan dariapda dibolosi oleh PATI terutamanya di lorong-lorong tikus kerana kita mahu sekat penularan wabak Covid-19,” kata beliau.

.Ismail Sabri juga berkata, MKN akan mengadakan sidang khas mereka untuk mendengar cadangan SOP bagi sambutan Deepavali yang bakal diadakan pada 14 November nanti.

“14 November Deepavali…MKN akan mengaakan sidang khas mereka untuk tampil dengan cadangan SOP bagi sambutan Deepavali.

“MKN  akan bentangkan dalam mesyuarat. Apa yang boleh. Apa yang tak boleh. Ini kerana kita tahu, dua minggu sebelum sambutan Deepavali, ada program dan aktiviti yang dirangka oleh mereka yang meraikan Deepavali,” katanya. – SM

(Visited 222 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button