Semua orang mengetahui bahawa matahari mampu menjana sumber tenaga baharu seperti wujudnya arus elektrik setelah menggunakan sistem solar.
Namun berapa peratus rakyat Malaysia berlumba-lumba untuk menggunakan sistem solar? Jawapannya lagi lagi rendah kerana kesedaran awam masih tiada.
Menerusi satu temubual bersama syarikat pemasangan solar, Gading Kencana Sdn. Bhd., ini kelebihan memasang sistem solar di rumah kediaman anda :
1. Jimat Bil Elektrik Sehingga 66 Peratus
Ramai tidak tahu bahawa dengan pemasangan sistem solar, anda boleh melakukan penjimatan sehingga 66 peratus sebulan. Dalam erti kata lain, jika anda masih membayar bil elektrik kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) RM500 sebulan ketika ini, selepas memasang sistem solar, anda cuma perlu bayar kepada TNB sekitar RM177 sahaja. Lebih RM330 tadi automatik akan berfungsi sebagai pelaburan dan selepas 5 tahun (ROI), anda akan merasai kepuasan serta penjimatan yang super-berganda.
2. Nilai Hartanah Akan Meningkat
Cuba lihat pada bumbung rumah yang sudah memasang solar dengan bumbung rumah yang belum memasang solar. Mana yang nampak lebih mahal dan mewah? Sudah pasti rumah yang sudah dilengkapi dengan sistem solar itu. Bayangkan harga rumah untuk dijual nanti adalah RM500K. Tak mustahil dengan pemasangan sistem solar, nilai hartanah anda boleh dijual pada harga RM600K!
3. Gaya Hidup Lebih Moden
Seseorang yang bijak membuat perancangan pasti akan membeli rumah dan kereta pada peringkat awal. Kemudian mencari insurans perlindungan sama ada untuk diri sendiri serta keluarga. Kebanyakan orang-orang berpelajaran dan mempunyai wang lebihan akan terhenti sampai setakat ini. Mereka tak pernah tahu atau melihat pemasangan solar sebagai kelengkapan yang perlu ada untuk tampak lebih mementing gaya hidup hijau.