Nasional

17 rumah hangus dalam kebakaran di Putatan

KIRA-KIRA 17 rumah hangus terbakar dalam kejadian yang berlaku di Jalan Lok Kawi Lama-Kampung Dumpil, Putatan, Kota Kinabalu kira-kira pukul 10.19 malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 sebelum menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang ke kawasan kejadian sejauh 14 kilometer.

Anggota dari BBP Kota Kinabalu juga turut digerakkan ke tempat kejadian bagi membantu proses pemadaman api.

“Kemusnahan rumah kediaman jenis tidak kekal dianggarkan sebanyak 17 buah dengan 100% musnah terbakar.

“Bagaimanapun, kecekapan anggota bomba berjaya mengawal api daripada merebak ke kawasan berhampiran selepas setengah jam pemadaman api oleh 30 anggota,” menurut kenyataan PGO Sabah hari ini.

Tiada kemalangan jiwa dan kecederaan dilaporkan, manakala punca kejadian serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sementara itu, sekretariat Pengurusan Bencana Daerah Putatan memaklumkan semua mangsa akan ditempatkan di Dewan Sri Keramat hari ini.

Proses pemantauan di lokasi serta pengambilan data dan persediaan di pusat pemindahan sementara (PPS) masih dijalankan oleh agensi terlibat. – BERNAMA

(Visited 208 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button