Ekonomi

Selain Beli Saham Syarikat Yang Mereka Kenal, Berikut Adalah Kesilapan Lain Pelabur Saham

Pepatah yang popular yang selalu kita dengar dalam pelaburan saham adalah untung itu tidak pasti tetapi rugi adalah pasti. Rugi bukanlah tanda kita gagal. “The more you learn the more you earn.”

Untuk menjadi pelabur yang berjaya dalam pasaran saham, kita mestilah sedaya upaya mengelakkan kesilapan-kesilapan yang telah biasa dibuat.

Kesilapan ini adalah yang sering dilakukan oleh pelabur saham, terutamanya pelabur yang baru nak kenal dunia pelaburan saham. Berikut di bawah merupakan beberapa kesilapan utama yang selalunya dilakukan oleh para pelabur saham.

  • Hanya membeli saham syarikat yang mereka kenal.
    Kebiasaannya, pelabur baru akan main beli saja saham syarikat yang mereka kenal tanpa melihat kedudukan kewangan syarikat.
  • Hanya membeli jenama terkemuka yang mereka suka.
    Mereka lebih cenderung untuk melihat jenama atau produk yang dikeluarkan oleh syarikat. Produk dan syarikat yang bagus adalah dua benda yang berbeza. Tidak semestinya produk yang bagus dihasilkan oleh sesebuah syarikat itu menandakan saham mereka juga bagus di pasaran.
  • Tidak membahagikan duit pelaburan mereka dengan baik.
    Sewajarnya, pelabur saham perlulah meletakkan sejumlah wang yang hampir sama ataupun lebih kepada portfolio yang mereka rasakan akan memberi pulangan yang lumayan.
  • Melabur dalam satu atau pun dua syarikat sahaja.
    Tindakan ini adalah berbahaya kerana sekiranya syarikat tersebut mengalami kerugian, ia juga akan mempengaruhi portfolio pelaburan mereka. Pelabur saham juga perlu melabur dalam industri yang berbeza kerana mereka tidak tahu industri yang mana akan memberi pulangan yang lebih kelak nanti.
  • Memegang sesuatu saham itu dalam tempoh waktu yang sangat singkat.
    Ada juga sesetengah pelabur yang tidak mempunyai sejumlah wang yang besar dan objektif yang berbeza. Tidak perlu ikut seperti pelabur saham yang sememangya pro, berani mengambil risiko tinggi dengan melabur wang dengan jumlah yang tinggi. Sebaliknya, pelabur hanya perlu melabur duit itu untuk tempoh satu jangka masa yang panjang supaya duit itu berkembang.
  • Perasaan takut pasaran saham akan jatuh.
    Jika pelabur terlalu takut untuk melabur kerana berfikiran bahawa pasaran saham akan jatuh, mereka sebenarnya tidak layak untuk melabur dalam pasaran saham. Kejatuhan pasaran saham adalah benda yang normal dan bukan setiap tahun berlaku.
  • Perasaan terlalu risau.
    Perasaan risua memang akan mengganggu mereka, terutamanya pada waktu tidur kerana mereka tidak mahu rugi. Lebih–lebih lagi, jika pelabur melabur dengan jumlah yang banyak dengan harapan ia akan berganda. Situasi ini sememangnya akan menganggu fikiran dan emosi mereka.
  • Terlalu mempercayai apa yang dibawa oleh media.
    Media memainkan peranan penting dalam pelaburan saham tetapi kebanyakkan apa yang media telah mengumumkan itu adalah waktu kemuncak bagi pelabur-pelabur yang besar seperti hedge fund untuk menjual saham mereka.
  • Cuba meramal apa yang akan berlaku dalam pasaran pada masa akan datang.
    Meramal keadaan ekonomi juga merupakan salah satu strategi dalam saham tetapi ia sangat sukar untuk dijangka. Berbeza dengan trader saham kerana mereka membuat duit melalui kebarangkalian berdasarkan data-data lepas dan pergerakan harga.
  • Selalu membelek portfolio pelaburan mereka.
    Perasaan takut terhadap pelabur saham akan membawa kepada mereka membuat keputusan yang salah sekiranya emosi mereka terganggu. Perkara ini adalah normal sekiranya kita terlalu kerap melihat jatuh dan naik harga saham yang kita pegang.
  • Sikap terlalu tamak.
    Kebanyakan pelabur yang terlalu tamak akan berkesudahan dengan kerugian yang besar. Ia tidak bermakna pelabur tidak boleh mengambil keuntungan, tetapi pelabur perlu ada rancangan yang jelas berapa keuntungan yang mereka mahu capai.
  • Tersilap menggunakan konsep beli dan pegang saham.
    Perkara ini selalunya dirujuk kepada perkara yang dikatakan akan menjadi saham blue chip pada masa hadapan.

Jika pelabur mengkaji nilai saham syarikat tertentu dengan ilmu yang mereka ada, jika mereka merasakan syarikat itu tidak memberi prestasi yang bagus, mereka perlu menjual dan cari saham yang lebih baik.

Begitulah sedikit sebanyak bagaimana pelabur-pelabur akan melakukan kesilapan sehingga membawa kepada kerugian. Semoga belajar sesuatu dan dapat pulangan yang semaksima mungkin kepada anda semua dalam pasaran saham!

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button