Politik

Sejak bila Tunku Azizah jadi ahli politik untuk dijadikan satira?

BEKAS Naib Presiden DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim membidas vateran DAP Lim Kit Siang kerana mendakwa apa yang dilakukan oleh pereka grafik kontroversi Fahmi Reza merupakan satira politik.

Tunku Abdul Aziz berkata, sejak bila Raja Permaisuri Agong Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merupakan seorang ahli politik sehingga menjadi bahan satira politik.

‘Satira politik dakwa Lim Kit Siang. Sejak bilakah Raja Permaisuri Agong menjadi ahli politik untuk diperlakukan sebegitu dan menjadi sindiran politik? Ini menunjukan niat subversif terhadap monarki,” sindir Tunku Abdul Aziz.

Dalam kenyataan akhbarnya hari ini, Kit Siang mahu Fahmi dibebaskan tanpa syarat kerana satira politik bukanlah satu jenayah.

Beliau menyertai seruan untuk pembebasan Fahmi dengan segera.


“Seruan untuk pembebasan segera artis aktivis Fahmi Reza tanpa syarat kerana satira politik bukanlah satu jenayah

“Malaysia semakin hari semakin menggelusur ke dalam lembah penindasan dan autoritarianisme — dengan penangkapan artis aktivis Fahmi Reza.

“Saya menyertai seruan untuk pembebasan segera Fahmi tanpa syarat, kerana satira politik bukanlah satu jenayah,” kata Kit Siang.

Veteran DAP itu bukan satu-satunya pemimpin DAP yang beranggapan bahawa perbuatan Fahmi Reza merupakan sebuah satira.

Ahli Parlimen DAP Kulai yang juga bekas Timbalan Menteri Pelajaran Teo Nie Ching turut menyatakan begitu dalam tanda pagar #releasefahmi, #bebasfahmi dan #satireisnotacrime di Facebooknya.

Ahli Parlimen DAP Bandar Kuching Kelvin Yii Lee Wuen pula berpandangan satira dan seni yang dihasilkan oleh Fahmi bukan satu bentuk jenayah.

“20 anggota polis datang untuk memecah pintu rumah Fahmi Reza petang ini dan membawanya ke IPD Dang Wangi. Satira bukan jenayah. Seni bukan jenayah,” kata Kelvin.

Turut berangapan begitu adalah ADUN DAP Kampung Tunku Lim Yi Wei.

“Di sebalik topeng ini ada lebih dari sekadar daging. Di bawah topeng ini ada idea dan idea-idea kebal peluru. Petang ini, polis datang untuk memecah pintu Fahmi Reza dan membawanya ke IPD Dang Wangi. Satira bukan jenayah. Seni bukan jenayah. Solidariti dengan #FahmiReza,” katanya.

Fahmi ditahan petang semalam dan Polis Diraja Malaysia hanya berjaya mendapatkan tahanan reman selama sehari hari ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata, pereka grafik itu disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Polis Diraja Malaysia telah menerima laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook Fahmi Reza yang didapati menghina Raja Permaisuri Agong.

“Suspek telah memuat naik satu hantaran dipautan Facebook yang mengandungi sekeping gambar Raja Permaisuri Agong berserta kenyataan berbunyi ‘This Is Dengki Ke? 100 dengki songs all in one playlist.

“Suspek turut memuat naik satu link di Spotify yang menyenaraikan lagu-lagu yang mengandungi perkataan ‘jealousy’ berserta gambar Raja Permaisuri Agong yang tertera perkataan ‘This Is Dengki Ke’,” katanya dalam satu kenyataan media.-SM

 

(Visited 377 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button