Nasional

Sejak 2009, Tuhan memerhati Lim Guan Eng

ANALISIS

SAMA ada Tuhan memerhati atau korup, biar mahkamah yang menentukan. Isteri mengatakan Tuhan sedang memerhati, anak lelaki kata korup. Yang mana satu?

Pendakwaan terhadap Setiausaha Agung DAP di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini adalah satu isyarat bahawa Badan Kehakiman negara mempunyai fungsi yang tidak bertindan.

Mengaku tidak bersalah di mahkamah Jalan Duta, Lim Guan Eng berhadapan dengan pertuduhan meminta rasuah (korup) atau suapan daripada sebuah syarikat pembinaan untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Sebut pasal Pulau Pinang, Guan Eng pernah menjadi Ketua Menteri di sana selepas parti Gerakan bersama Presidennya, Tan Sri Koh Tsu Koon gagal mempertahankan jawatan pada tahun 2008 iaitu selepas tewas kepada DAP dalam Pilihan Raya Umum (PRU).

Tahun 2009, Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang yang berkuasa, yang ada kuasa untuk bertindak termasuk bertindak mengusir wartawan Utusan Malaysia yang membuat liputan pada Majlis Angkat Sumpah Yang Dipertua Majlis.

Apa alasan Guan Eng menghalau wartawan Utusan keluar daripada bilik mesyuarat, disuruh meninggalkan bilik tersebut kerana dia mahu mengadakan sidang akhbar?

Alasannya, Utusan tidak dialu-alukan…Ya, wartawan Utusan dihalau keluar seperti anjing kurap (pinjam istilah anjing kurap yang menjadi ungkapan popular orang politik DAP).

Wartawan Utusan dimalukan di hadapan semua wartawan dan wakil media yang bekerja di Pulau Pinang pada tahun 2009. Insiden itu berlaku di Butterworth. Bukan di pulau tapi di tanah besar.

Pada ketika itu, Tuhan sedang memerhati ya Guan Eng. Tiada unsur korup. Guan Eng menjaja CAT – apa itu CAT? Ia prinsip, kata Guan Eng. Prinsip COMPETENCY, ACCOUNTABILITY & TRANSPARENCY.

Setuju dengan Prinsip Guan Eng – CAT – dan ditambah pula dengan sebaris ayat yang berbunyi: tiada sesiapapun mengatasi undang-undang (nobody is above the law).

Kalau bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah oleh mahkamah atas tujuh pertuduhan rasuah, kita tunggu kes Guan Eng berjalan. Kes Ahli Parlimen Bagan yang juga bekas Menteri Kewangan yang pernah buat lawak kerana “salah titik perpuluhan”.

Selain daripada dihadapkan ke mahkamah pagi tadi, Isnin dan Selasa depan, Guan Eng akan dibawa lagi ke mahkamah dan satu pertuduhan, dihadapkan ke mahkamah di Pulau Pinang.

Ramai yang menunggu kes Guan Eng dibicarakan di mahkamah. Dalam mahkamah, apabila saksi-saksi ditampilkan mengangkat sumpah, segala percakapan di hadapan hakim adalah didalam keadaan bersumpah.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pastinya akan menampilkan saksi-saksi pendawaan dalam kes Guan Eng ini. Biar kuat saksi pendakwa, biar konsisten kerana peguambela Guan Eng ialah dua beradik, anak mendiang Karpal Singh.

Seperkara lagi, menunjukkan sokongan atau solidariti terhadap Guan Eng tu tidak salah di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Cuma jagalah jarak sosial SEKURANG-KURANGNYA SATU METER.

Hormati mahkamah walaupun di perkarangan. Kalau penyokong UMNO hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur ditegur kerana tidak menjaga SOP, penyokong Guan Eng dan DAP pun tidak terkecuali.

Jangan ada nanti kluster Guan Eng selepas ini. Terus baca Suara Merdeka, ikut rapat Suara Merdeka untuk perkembangan kes LIM GUAN ENG. – SM

(Visited 189 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button