Politik

‘Saya tidak nampak dia mahu bertemu saya’

AHLI Parlimen Pekan tidak dapat merasakan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir mahu bersemuka dengan dirinya untuk menyelesaikan konflik yang berlaku.

Najib berkata, ramai yang beranggapan Dr. Mahathir sebagai berhati kering justeru sebarang pertemuan memerlukan persetujuan kedua-dua pihak.

“Saya tidak nampak dia mau bertemu saya. Banyak orang kata dia hati kering. Jadi kalau itu sikap dia tidak ada guna kita nak bertemulah. Tapi kalau kita terserempak itu, bersalam itu perkara biasa dah bertemu.

“Tapi kalau bertemu, seperti dua tangan kena bertepuk, jangan sebelah tangan je bertepuk tak jadi. tapi kalau bertemu mesti ada sesuatu kebaikan yang datang daripada pertemuan itu,” kata Najib.

Najib berkata demikian ketika ditanya adakah beliau bersedia untuk berjumpa dengan Dr. Mahathir jika dipertemukan oleh orang tengah.

Dalam wawancara bersama Malaysia Gazzate itu, Najib juga ditanya apakan yang akan dikatakan kepada Dr. Mahathir sekiranya berjumpa dalam pertemuan empat mata.

“Tak tahu lagi, mungkin malu apa bosku,” jawab Najib sambil ketawa.

Sementara itu Najib berkata, dia cukup marah dengan segala perkataan keji yang dilemparkan oleh bekas Perdana Menteri itu kepadanya.

Namun, Najib berkata, dia sedia memaafkan Dr. Mahathir jika Ahli Parlimen itu meminta maaf kerana ia selaras dengan ajaran agama Islam.

“Jadi kalau Tun, saya kiralah kalau dia buat salah ataupun dia berdosa daripada saya, kalau dia minta maaf saya pandu pada agama, saya akan maaf dia. Tapi kalau dia tidak minta maaf dia cari saya di Padang Masyhar nanti.

“Memang rasa marah itu tak dapat elakkan sebab kata-kata dia terlalu kesat, keterlaluan dan tidak berasas.
Sukar diterima oleh mana-mana manusia,” kata Najib.

Najib berkata, Dr. Mahathir melamparkan tuduhan yang sama berulang kali selama bertahun-tahun.

Katanya, Ahli Parlimen Langkawi itu sepatutnya bergerak ke hadapan.

“Perkara itu kita sudah dengar bertahun-tahun tapi dia ulang balik. Itu reaksi saya yang pertama. Macam orang kata kita ini patut dah move on dah sekarang ini. Tapi masih lagi balik-balik bawa cerita itu,” kata Najib kesal.-SM

 

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button