Politik

Saya tidak berdendam – Apandi

BEKAS Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali menegaskan tidak berdendam terhadap peguam, Datuk Seri Gopal Sri Ram berhubung suatu pendedahan arahan tangkap Najib Razak.

Beliau berkata, pendedahan yang dibuatnya sejak semalam berkenaan satu pertemuannya dengan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan itu.

BACA > Pengangkutan awam darat, udara dan e-hailing dibenar beroperasi penuh — Suara Merdeka

“Saya tidak berdendam dengan beliau, tetapi rakyat perlu tahu,” katanya ringkas.

Mohamed Apandi berkata demikian kepada portal Twentytwo13 lanjutan daripada pendedahan perbualannya dengan Sri Ram pada Januari 2018.

Menerusi kenyataan yang dimuatnaik dalam Facebooknya semalam, Mohamed Apandi memaklumkan Sri Ram diarahkan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk berjumpa dengannya.

Related Articles

Dalam pertemuan tersebut, Sri Ram meminta supaya Mohamed Apandi menangkap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Namun, alasan yang diberikan oleh beliau untuk menangkap Najib Razak agak dangkal dan tidak munasabah.

BACA > Bil elektrik macam ‘negara Yahudi’ – Fezrul Khan — Suara Merdeka
BACA > Kerana COVID-19 Cristiano Ronaldo bakal tinggalkan Juventus — Suara Merdeka

“Sri Ram memberitahu saya “jangan risau kami sudah rancang semuanya. Apa yang penting sekarang kamu setuju”.

“Kemudian saya tanya alasan apa, dia jawab “sahabat, orang diluar sedang kecewa, jangan risau kalau kamu tangkap beliau (Najib Razak), itu akan buat orang gembira.”

“Begitulah beliau memujuk saya dan mahu jawapan secepat mungkin. Tetapi saya jawab, bagi saya fikir,” jelasnya.

Sementara itu lapor portal itu lagi, Mohamed Apandi tidak merancang untuk membuat laporan polis lagi.

Dalam pada itu, Mohamed Apandi turut menegaskan beliau tidak lagi terikat dengan mana-mana parti politik termasuk UMNO.

BACA > Peter Anthony mengaku tidak bersalah kes pengubahan wang haram RM8.75 juta — Suara Merdeka
BACA > Sama dramatikkah `lompat parti’ Julai 2020 dan 16 September 2008? — Suara Merdeka

“Sebagai rekod, saya keluar daripada segala berkaitan dengan UMNO sejak dilantik menjadi Pesuruhjaya Kehakiman pada 2003,” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button