fbpx
Nasional

Bil elektrik macam ‘negara Yahudi’ – Fezrul Khan

SEJAK dua minggu lalu lagi sudah kedengaran keluhan dan luahan rasa geram netizen mengenai bil elektrik yang naik secara mendadak.

Malah, laman Facebook TNB Careline sehingga ke hari ini turut diserang netizen yang merasakan bahawa kiraan bil elektrik semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak tepat dan seperti mengambil kesempatan.

Turut melepaskan rasa geram ialah pelakon, Fezrul Khan menerusi akaun Instagramnya yang menunjukkan bil elektriknya mencecah RM1,943.

“Memang patuh duduk di rumah jadi elektrik lagi banyak la kita pakai. Dah macam duduk dekat negara Yahudi macam ni harga.

“Diskaun 2% je, gurau ke? Kalau dah kerja semua bawa balik rumah memang naik la bil. Lagi banyak pakai elektrik, lagi sikit diskaun. Kelakar sangat ni,” katanya.


Turut meluahkan perasaan yang sama ialah pelakon dan penyanyi, Aqasha di bahagian komen status tersebut.

“Aku pun bil tinggi. Mestilah tinggi dah lama duduk rumah kan?

“Kita ni ibarat tak boleh cakap apa-apa. Komplen tak boleh, berpendapat tak boleh, serba salah, serba tak kena,” katanya.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam kenyataan sebelum ini berkata, bil elektrik yang perlu dibayar adalah berdasarkan kepada bacaan meter.

Menerusi soalan lazim (FAQ) dalam laman sesawang TNB, sekiranya meter dibaca melebihi tempoh 31 hari, maka TNB akan menggunakan pengiraan secara prorata berdasarkan bilangan hari pembilan.

“Sebagai contoh, tempoh pembilan 35 hari, faktor prorata dikira 35 hari daripada 30 hari bersamaan dengan 1.1667 menjadikan jumlah unit digunakan ialah 452 per kilowatt jam (kWh).

“Berdasarkan kepada pengiraan prorata ini, pengguna dapat menikmati 233 kWh (unit) pada kadar terendah iaitu RM0.218 berbanding dengan 200 unit yang diluluskan untuk tempoh sebulan,” katanya. – SM

(Visited 4 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button