fbpx
Politik

Saya tidak ada masalah dengan Anwar, kata Tun M

BEKAS Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang isu dengan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bagaimanapun Ahli Parlimen Langkawai itu tidak menyedari sama ada Anwar mempunyai masalah dengan dirinya.

“Setahu saya, saya tiada masalah dengan Anwar. Mungkin dia ada masalah dengan saya. Itu saya tidak tahu.

“Kamu (media) kena tanya dia (Anwar),” katanya pada sidang media di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.


Isu hubungan Dr. Mahathir dan Anwar kembali menjadi tumpuan apabila kelibat Anwar tidak kelihatan ketika Presiden Amanah Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Anthony Loke berjumpa beliau bekas perdana menteri itu pagi semalam. Gambar perjumpaan itu dikongsi di media sosial.

Bagaimanapun pada sebelah petang, pemimpin yang sama dari DAP dan Amanah itu bertemu Anwar tanpa kehadiran Dr. Mahathir. Gambar perjumpaan itu turut dikongsi di media sosial sekaligus menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.-SM

 

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button