Hiburan

Saya tak pernah gagal bagi nafkah kepada anak-anak setiap bulan – Aidil Zafuan

BEKAS suami kepada pelakon, Rita Rudaini menegaskan yang dia tidak pernah gagal memberikan nafkah setiap bulan kepada anak-anak seperti yang ditetapkan mahkamah.

Aidil Zafuan yang juga seorang pemain bola sepak berkata, dia juga mempunyai semua bukti bayaran nafkah tersebut.

“Semua bukti ada dan pihak di sebelah sana (bekas isteri) sepatutny tahu dan sedia maklum berkenaan perkara itu.

“Saya juga rakyat yang menjalankan tanggungjawab untuk membayar cukai setiap tahun dan saya berhak menyatakan setiap tanggungan saya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Perkara itu termasuklah pembayaran nafkah saya kepada anak-anak,” katanya.

Aidil Zafuan berkata demikian selepas dia menerima tuduhan daripada orang ramai yang mengatakannya tidak pernah memberi nafkah.

Jelasnya, pihak sebelah sana (bekas isteri) juga tidak menerangkan perkara sebenar sehingga menimbulkan keraguan orang ramai terhadapnya sehingga dituduh menjadi bapa yang tidak bertanggungjawab terhadap nafkah anak-anak.

“Perkara selebihnya berkenaan tanggungjawab saya sebagai seorang bapa biarlah di antara saya dan pihak sebelah sana yang tahu.

“Adalah tidak manis untuk urusan keluarga dihebahkan kepada orang ramai,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aidil turut memberitahu yang dia berdiam diri selama ini bukan kerana takut, sebaliknya enggan bercerita kerana tidak mahu impak sosial media memberi kesan kepada anak-anak yang sedang membesar.

Dia turut menegaskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah, penghinaan dan cacian tanpa asas hingga menggangu nama baik keluarganya serta imejnya.

“Saya manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan dan saya juga telah memaafkan sesiapa yang memberi komen sebelum ini dan menganggap mereka tidak tahu perkara sebenar,” katanya.

Baru-baru ini, media melaporkan yang Rita Rudaini telah memuat naik gambar beberapa buku anak-anaknya yang menelan belanja ratusan ringgit.

Di dalam ruang komen itu, Rita memberitahu yang Aidil telah meletakkan nama anak-anaknya untuk proses tuntutan LHDN lebih awal.

Untuk rekod, Aidil Zafuan dan Rita berkahwin di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 dan bercerai pada September 2013.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin (11 tahun) dan Airit Qaqa Arjuna (9 tahun).-SM

(Visited 1,393 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button