Nasional

4,437 sembuh Covid-19, kes baharu turun

BILANGAN pesakit yang sembuh Covid-19 mencatatkan jumlah tertinggi hari ini iaitu 4,437 kes.

Jumlah itu melebihi bilangan kes baharu yang masih tinggi iaitu 3,346 kes namun masih rendah jika dibandingkan jumlah kes baharu semalam yang mencatatkan 4,275 jumlah jangkitan semalam.

Selangor masih mencatatkan kes paling tinggi iaitu 950 kes berbanding 1,421 kes semalam. Sabah kedua tertinggi iaitu 431 kes berbanding 782 kes semalam dan Kuala Lumpur mencatatkan 390 kes baharu berbanding 548 kes semalam.

Negeri yang mencatatkan pertambahan berbanding semalam:

Labuan – 49 (semalam 3)
Putrajaya – 108 (semalam 39)
Sarawak – 255 (semalam 193)
Johor – 378 (semalam 278)
Terengganu – 179 (semalam 131)

Negeri yang mencatatkan penurunan berbanding semalam:

Melaka – 152 (semalam 278)
Pulau Pinang – 90 (semalam 162)
Kelantan – 77 (semalam 78)
Kedah – 38 (semalam 105)
Pahang – 63 (semalam 75)
Perlis – 3 (semalam 7)

Jumlah kematian meningkat 11 kes berbanding tujuh kes semalam menyumbang jumlah keseluruhan kematian sebanyak 678 kes.

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan tiga kes di Sarawak, masing-masing dua kes di Sabah, Terengganu dan Johor serta masing-masing satu kes di Melaka dan Selangor.

Kes kematian pada hari ini melibatkan 10 kes warganegara dan satu kes bukan warganegara.

Kes pesakit yang diletakkan dalam unit rawatan rapi pula terus meningkat iaitu 265 kes berbanding 260 kes semalam dan 251 kes kelmarin.

Manakala bilangan pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan turut kepada 102 orang berbanding 103 kes semalam dan 102 kes kelmarin.

Keseluruhan jumlah kes aktif terus berkurangan kepada 41,677  kes berbanding 42,769 kes semalam dan 42,814 kes kelmarin.

Sementara itu terdapat sembilan kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan lapan kluster berkaitan tempat kerja dan satu kluster berkaitan pusat tahanan.

Sabah dan Johor masing-masing melaporkan dua kluster baharu, masing-masing satu kluster direkodkan di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Putrajaya dan Perak.

Sebanyak 69 kluster mencatatkan pertambahan kes baharu hari ini dengan jumlah tertinggi melibatkan Kluster Penjara Jalan Harapan (138 kes), Kluster Pasai (136 kes) dan Kluster Tapak Bina Bukit Sebukor (89 kes).

Manakala dua kluster dilaporkan tamat iaitu Kluster Semambudan Kluster Keris Residence.-SM

 

(Visited 155 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button