Uncategorized
Satu kemenangan – Shafie
Keputusan Mahkamah Tinggi menolak semakan kehakiman difailkan Tan Sri Musa Aman dan 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk mencabar pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah adalah satu kemenangan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, beliau baru sahaja dimaklumkan perkara itu.
“Peguam Besar Sabah baru menelefon saya, kita menang di mahkamah,” katanya sebelum memulakan ucapan dalam Upacara Pecah Tanah Dataran Sepanggar Kota Kinabalu pagi ini.
Pengumuman beliau itu disambut dengan tepukan gemuruh para hadirin.
Pagi ini, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu membuat keputusan menolak semakan kehakiman yang difailkan Musa dan 32 ADUN pada awal Ogos lalu.