Politik
Santuni Orang-Orang Melayu & Terus Perkenalkan Diri – Alagathiran A/L Krishnan
Calon Perikatan Nasional (PN) DUN N27 Layang-Layang, Alagathiran A/L Krishnan tidak melepaskan peluang untuk menyantuni peniaga kedai makan Selera Kampung.
Daripada sesi ramah mesra itu, Alagathiran menyifatkan semua orang menyambutnya dengan amat baik serta mendoakan kejayaannya.
“Saya bersama jentera juga telah menziarahi rumah penduduk Kg. Melayu serta memperkenalkan diri saya kepada pengundi tersebut.
“Saya dan juga jentera juga telah membuat pengedaran flyers dan beramah mesra bersama rakyat Pekan Baru Layang-Layang,” kongsi Alagathiran di Facebook miliknya.