Hiburan

Sandra Dianne meninggal dunia

PENYANYI yang terlibat dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke raptai konsert mingguan Big Stage, Sandra  Dianne meninggal dunia awal pagi ini.

Berita sedih ini dikhabarkan oleh pihak syarikat rakaman yang dikirim kepada SUARA MERDEKA melalui mesej WhatsApp:

Assalamuailaikum & Salam Sejahtera. Saya Veea Norman mewakili pihak Sony Music Entertainment Malaysia Sdn.Bhd ingin mengesahkan Sandra Dianne telah meninggal dunia pada hari ini Jumaat, 11 September 2020 pada jam 1AM di Hospital Putrajaya.

Jenazah akan dibawa pulang ke Sabah dan akan dikebumikan di Kg. Kauluan, Tuaran Sabah.

Pihak keluarga Sandra memohon untuk semua mendoakan agar segala urusan pengembumian dipermudahkan dan memohon maaf bagi pihak Sandra jika ada salah dan silap. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.

Salam takziah buat seluruh keluarga allahyarham. – SM

(Visited 444 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button