Hiburan

Sampai hati Zizan buat ibu menangis hanya kerana Mercedes

GARA-GARA sebuah kereta mewah jenis Mercedes pelawak dan pelakon Zizan Razak telah membuatkan ibunya menitiskan air mata.
Tetapi ia bukan air mata sedih, tetapi menangis gemberi ekoran kejutan Zizan dengan membelikan sebuah kereta berjenama mewah kepada ibu kesayangannya.
Detik tersebut dikongsi oleh abang pelawak itu, Hafiza Razak menerusi  video yang dimuat naik di TikTok

 

Dalam catatannya, Hafiza berkata, pada mulanya ibu mereka tidak mengesyaki apa-apa dan hanya merakamkan tulisan yang ditunjukkan di sebuah skrin kecil di kedai kereta berkenaan.

“Penjual buat-buat tanya ibu, ibu suka Mercedes ke? Lepas itu ajak tengok kereta baru kot kot berkenan, ialah nak tunggu berbuka kan?

“Apa salahnya tengok bukan kena bayar pun, tapi ibu masa ni langsung tak perasan apa-apa.
“Mungkin masa ni hati ibu berkata-kata wow bertuahnya orang ni dapat kereta yang ibu idamkan,” kongsi Hafiza.
Namun secara tiba-tiba tertera ayat yang menunjukkan bahawa ibunya merupakan pemilik kerete Mercedes berkenaan.
“Tahniah, anda adalah pemilik, ibu tercinta, daripada anakmu Zizan,” tulisnya.
Dek kerana sebak dan terharu, ibunya terus menangis teresak-esak sebelum memeluk Zizan yang berada di sebelahnya.
“Alhamdulillah adik, along bangga dengan adik, banyak tolong kami. Kami sayang awak, adikku,” tulis Hafiza.
Zizan sebelum ini mendapat perhatian netizen selepas menghadiahkan sebuah motor berjenama Yamaha model Xmax 250 kepada abangnya tahun lalu.
Netizen memuji sikap Zizan yang menghargai adik-beradik selain tidak lokek untuk berkongsi rezeki. – SM
(Visited 79 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button