Nasional

Sambutan Minggu Perpaduan 2024 peringkat kebangsaan bermula esok

SAMBUTAN Minggu Perpaduan Tahun 2024 Peringkat Kebangsaan akan membuka tirainya bermula esok, 23 Mei sehingga 26 Mei 2024 di Pusat Beli Belah Angsana Mall, Johor Bahru bermula PUKUL 10 pagi hingga 10 malam.

Kementerian Perpaduan Negara dalam kenyataan memberitahu, Sambutan Minggu Perpaduan ini merupakan sambutan kali kedua setelah sambutan kali pertama diadakan dengan jayanya di Kuching, Sarawak pada
tahun lalu.

Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang, berkata ia mampu menjadi wadah perpaduan dan tapak integrasi yang berlandaskan pendekatan terpilih serta berkesan sehingga ke peringkat akar umbi untuk memperkukuh sekali gus mengeratkan hubungan masyarakat dalam usaha memelihara ekosistem perpaduan.

Sambutan yang berlangsung selama empat hari itu menyasarkan kehadiran pengunjung seramai kira-kira 200,000 orang.

Majlis perasmian Sambutan Minggu Perpaduan Tahun 2024 Peringkat Kebangsaan akan disempurnakan oleh YAB
Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri pada 25 Mei 2024 pada pukul8 malam.

Program ini menawarkan pelbagai pengisian akitiviti menarik dan intraktif kepadapara pengunjung.

Sempena sambutan ini juga, KPN telah membuka Pusat Media di khemah Padang Akasia, berhadapan Pusat Beli Belah Angsana Mall bagi memudahkan para pengamal media mendapatkan maklumat terkini mengenai program-program yang sedang berlangsung sepanjang sambutan ini.

Pihak kementerian mengajak orang ramai khasnya kepada rakyat di Johor Bahru dan kawasan sekitarnya untuk sama-sama memeriahkan Sambutan Minggu Perpaduan Tahun 2024 Peringkat Kebangsaan.

Sambutan ini adalah peluang yang sangat berharga untuk kita bersama-sama memperkasa perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia seterusnya mengukuhkan tapak integrasi nasional berteraskan Perlembagaan dan Rukun Negara. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button