
KPKT pulihkan 475 projek rumah terbengkalai sepanjang 2024
KEMENTERIAN Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya memulihkan sebanyak 475 projek perumahan sakit melibatkan 59,050 unit rumah sepanjang tahun lepas.
Selain itu 25 projek berstatus lewat kembali lancar dan sembilan projek terbengkalai berjaya diselesaikan melalui kaedah penyiapan projek sehingga memperoleh CCC atau Sijil Layak Menduduki (CFO) dan kaedah penyelesaian pembeli.
Dalam pada itu beliau memaklumkan, Kerajaan MADANI komited mempergiatkan usaha pemulihan projek-projek perumahan swasta sakit serta terbengkalai melalui langkah-langkah strategik dan kerjasama pelbagai pihak.
“Ia seiring dengan hasrat KPKT iaitu tiada projek terbengkalai menjelang 2030. TFST akan terus berusaha untuk membantu pembeli-pembeli yang terlibat dengan projek perumahan swasta yang sakit, lewat dan terbengkalai dengan menyediakan penyelesaian yang sewajarnya,” katanya. – SM