Ekonomi

ITC pupuk kesedaran pelancongan, hospitaliti mesra-muslim di Melaka

Islamic Tourism Centre (ITC), agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) yang ditugaskan untuk membangunkan sektor Pelancongan Islam Malaysia akan menganjurkan Seminar
Kesedaran Pelancongan dan Hospitaliti Mesra-Muslim (MFTH) di Bandar Bersejarah, Melaka buat pertama kalinya pada hari Khamis, 23 Mei 2024.

ITC dalam satu kenyataan memberitahu. seminar itu akan diadakan di Courtyard by Marriott Melaka, Kampung Bukit China, dari pukul 9.30 pagi hingga pukul 5.30 petang.

Melaka merupakan hentian keenam selepas Kuala Lumpur, Sarawak, Sabah, Kedah dan Pulau Pinang bagi seminar yang diperkenalkan ITC sebagai inisiatif untuk memupuk kesedaran para penggiat industri tentang potensi pasaran pelancong Muslim kepada perkembangan sosioekonomi rakyat dan negara ini.

Pasaran pelancong Muslim kini merupakan antara segmen pelancong yang semakin mendapat perhatian destinasi-destinasi pelancongan terkemuka dunia, dan dianggarkan akan menyumbang 230 juta ke kemasukan pelancong di samping perbelanjaan sebanyak USD225 bilion di peringkat antarabangsa menjelang tahun
2028.

Malaysia sebagai sebuah negara dengan ekosistem mesra-Muslim yang diakui oleh penggiat industri peringkat global turut melihat ke arah pasaran ini untuk meluaskan peluang penjanaan pendapatan dan pekerjaan menerusi sektor MFTH.

Malah, pasaran pelancong Muslim juga merupakan antara sasaran utama MOTAC untuk kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026).

Pengisian seminar ini disusun dengan sesi perkongsian oleh ITC, Jabatan Ketua Menteri Melaka dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Topik-topik bermanfaat yang akan dibincangkan sepanjang sesi yang akan berlangsung selama satu hari ini adalah:
● Latar Belakang Industri Pelancongan Islam dan Potensi Pasaran Pelancongan Muslim oleh ITC
● Pengenalan kepada trend semasa di dalam Pelancongan dan Hospitaliti di Melaka oleh Jabatan Ketua Menteri Melaka
● Kepentingan Pensijilan Halal Malaysia di dalam sektor Pelancongan dan Hospitaliti Mesra-Muslim oleh JAIM
● Pengenalan kepada Program Pengiktirafan Pelancongan dan Hospitaliti Mesra-Muslim: Muslim-Friendly Tourism and Hospitality Assurance and Recognition (MFAR)
● Pengenalan kepada Program Pengiktirafan Pelancongan dan Hospitaliti Mesra-Muslim: Muslim-Friendly Tourist Guide (MFTG).

Selain dari penggiat industri dan pengusaha perniagaan tempatan di Melaka, rakan-rakan media turut dijemput hadir untuk membuat liputan untuk seminar tersebut.

Untuk pengesahan kehadiran atau maklumat lanjut berkenaan Seminar Kesedaran MFTH, ITC atau Pelancongan Islam secara amnya, hubungi kami di talian 012 321 9137 (Anis), 019 3560 530 (Nadhirah), 010 2662 535 (Ainaa) atau Iman 013 2892 609 (Iman).

(Visited 18 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button