Nasional

Salahuddin yang patut ditukar bukannya Mohd Sallehhuddin

SEPATUTNYA Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub yang perlu ditukar bukan Ketua Setiausahanya (KSU), Datuk Mohd Sallehhuddin Hassan.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, KSU menjadi mangsa kepada kepada kelemahan menteri ketika mengendalikan isu tender kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas).

Katanya,  Mohd Sallehhuddin Hassan telah bertindak berdasarkan manifesto Pakatan Harapan iaitu menerima tender terbuka bagi semua projek kerajaan.

“Alasan yang diberikan oleh menteri yang mengatakan beliau tidak tahu tentang tender terbuka dibuat KSU itu, saya rasa sesuatu alasan yang tidak boleh diterima.

“Saya pernah jadi menteri pertanian, Noh Omar (ahli parlimen Tanjung Karang) menteri pertanian, Mahdzir Khalid menteri pendidikan… tak mungking – kita sebagi menteri – tidak maklum (mengenai hal itu), terutama tender atau projek yang melibatkan lebih RM1 bilion, kerana ia dibentangkan dalam kabinet. Tak munasabah….” kata Ismail Sabri kapada pemberita  di lobi parlimen hari ini.

Beliau mengulas isu pertukaran Mohd Sallehhuddin ketika kementerian itu berhadapan dengan isu pemberian kontrak baja secara rundingan terus kepada Nafas.

Kontrak bernilai RM1.4 bilion itu pada asalnya dibuat secara tender terbuka namun Salahuddin mengaku beliau menulis surat kepada Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad, pada 7 Nov agar ia diberikan kepada Nafas.

Isu itu dibangkitkan di parlimen semasa sesi perbahasan oleh Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang mendakwa tiga kontrak bernilai RM1 bilion dibatalkan selepas Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menganugerahkannya secara rundingan terus.

Seorang pemimpin Amanah kemudian mendakwa ada pegawai kanan di kementerian itu bertindak mensabotaj kerajaan dengan memberikan tender tersebut tanpa pengetahuan menteri.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button