Politik

Ugut Ahli Parlimen perbuatan pengecut, terdesak

PENGERUSI Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Johor Syed Ibrahim Syed Noh mengecam dan memandang serius insiden ugutan yang diterima Ahli Parlimen Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir, hari ini.

Syed Ibrahim berkata insiden itu perlu disiasat segera oleh pihak berkuasa agar pelakunya dapat ditangkap dan didakwa di mahkamah.

“Tidak kira apa motif di sebalik perbuatan bersifat pengecut dan terdesak tersebut, ia merupakan perbuatan jenayah yang wajar dicegah daripada berlaku kepada sesiapa jua.

“Saya menyarankan Saudara Akmal dan kakitangan Pusat Khidmat untuk berwaspada dan ambil tindakan pencegahan sewajarnya,” kata Syed Ibrahim dalam satu kenyataan,  malam ini.

Pada awal pagi tadi, netizen dikejutkan berita insiden pintu masuk Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Johor Bahru di Taman Larkin Idaman di sini, disimbah dengan cat merah, selain turut dicampakkan dengan seekor bangkai ayam hitam dan mesej ugutan.

Kejadian itu disedari seorang kakitangan pejabat tersebut pada 7.20 pagi yang kemudian membuat laporan polis.

Pihak polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai perbuatan khianat dan ugutan di bawah Seksyen 427 dan 506 Kanun Keseksaan kerana percaya kejadian berpunca akibat ketidakpuasan hati suspek terhadap Akmal berhubung hal-hal politik. – BERNAMA

(Visited 51 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button